fbpx

Apple Watch Series 5: Penjualan Series 4 Diberhentikan, Series 3 Terima Diskaun

Hari ini Apple mengumumkan jam tangan pintar Series 5 mereka untuk menggantikan Series 4. Model yang terdahulu sudahpun dibuang terus daripada penawaran yang menjadikan sekarang, mereka ada Series 3 dan Series 5 untuk dibeli. Ada beberapa perubahan yang dilakukan Apple pada produk kali ini.

Kemasan baru daripada materi Titanium

Yang paling jelas kelihatan adalah pada paparannya. Series 5 kini ada Always-on-Display yang memanfaatkan teknologi LTPO untuk merealisasikannya. Bukan itu saja, Apple maklumkan yang hayat bateri tidak pula terjejas walaupun ada paparan yang sentiasa terpasang. Jadi pemakai boleh mengharapkan hayat sehingga 18 jam untuk satu cas penuh.

Untuk rupa fizikal, ia masih kekalkan saiz 42mm dan 40mm seperti sebelumnya. Tapi di bahagian dalam, Apple memasukkan sensor kompas didalamnya untuk dimanfaatkan APP lain seperti untuk navigasi dan sebagainya. Kemudian, liputan ciri kecemasa SOS jam ini diperluas ke seluruh dunia. Jadi, walau dimana saja anda berada, isyarat kecemasan boleh dihantar keluar walaupun tidak berhubung dengan sebarang telco.

Apple Watch Series 5 ditawarkan dalam beberapa kemasan. Badan alumunium adalah yang biasa, kemudian anda boleh temuinya dalam badan titanium dan seramik jika anda ingin rasa sedikit keunikan dan tak kesah untuk keluarkan sedikit premium untuknya.

Jam tangan ini dijual pada harga seperti berikut:

  • Watch Series 5 (GPS) – USD 399 (RM 1,667)
  • Watch Series 5 (GPS + LTE) – USD 499 (RM 2,085)

Harga Series 3 pula telah diselaraskan seperti berikut:

  • Watch Series 3 (standard) – USD 199 (RM 831)
  • Watch Series 3 (GPS + LTE) – USD 299 (RM 1,249)
BACA  Satu langkah menyelamatkan Honor 9X dari sekatan Google