• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Ultrabook Acer Siri Swift Kini Dilengkapi CPU Intel Core Gen-10

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:38 am
  • 12/09/2019
  • Komen
Ultrabook Acer Siri Swift Kini Dilengkapi CPU Intel Core Gen-10
Share on FacebookShare on Twitter

Acer mengumumkan sejumlah produk di IFA 2019 seperti kebiasaannya. Dua daripadanya sudahpun dipertontonkan di Malaysia dan mereka ialah Swift 5 dan Swift 3, siri ultrabook daripada Acer yang merupakan antara laptop paling ringan di dunia.

Swift 5

Kemas kini Swift 5 tahun ini masih mengekalkan takhtanya sebagai laptop 14″ paling ringan dengan 990g. Ia dicapai dengan penggunaan materi aloi magnesium-lithium dan magnesium-aluminum sebagai badannya. Perbezaan paling besar produk ini adalah pada CPU.



Acer telah menaik tarafnya kepada Intel Core generasi ke-10 bermula dengan Intel Core i5 hinggalah ke Core i7-1065G7. Varian oaling asas menggunakan enjin grafik Iris Plus tapi jika anda perlukan lebih kuasa, varian yang diperkasa NVIDIA GeForce MX250 juga ada. Ia dibekalkan sekurang-kurangnya 8GB RAM daripada jenis LPDDR4X dan 512GB ruang storan.

Bingkai paparannya nipis yang menyumbang pada nisbah paparan kepada badan yang tinggi. Imej diapaprakan melalaui panel IPS LCD pada resolusi FHD. Beberapa port I/O yang boelh anda temui adalah seperti USB-C 3.1 yang menyokong Thunderbolt 3, HDMI, dan 2x USB-A.



Untuk hayat bateri, Acer mengatakan yang ia boleh bekerja sehingga 12.5 waktu kerja dengan satu cas penuh.

Swift 3

Laptop dalam siri Swift kedua yang terima kemas kini adalah Swift 3 yang juga adalah laptop 14″. Pada berat 1.1kg, ia tetap ringan di dalam tangan. Seperti Swift 5, ia juga menggunakan CPU generasi ke-10 daripada Intel sehingga Intel Core i7-1065G7.

Kalau anda perlukan lebih kuasa grafik, Acer turut sediakan varian yang dilengkapi NVIDIA GeForce MX250. Konfigurasi memori dan storan Swift 3 juga berkongsi dengan saudaranya. Jadi anda bakal dihidangkan dengan RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 512GB.

Di bahagian I/O, ada sejumlah port disediakan. Anda akan temui satu USB-C yang menyokong Thunderbolt 3, HDMI, USB-A dan sebagainya.

Harga

Dalam pasaran A.S., Acer Swift 5 akan dijual pada harga bermula USD900 (RM3,755) manakala Swift 3 akan mula dijual pada harga bermula USD700 (RM2,921).

Tags: AcerAcer Swift 3Acer Swift 5
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Ultrabook Acer Siri Swift Kini Dilengkapi CPU Intel Core Gen-10

Ultrabook Acer Siri Swift Kini Dilengkapi CPU Intel Core Gen-10

12 September 2019
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER