• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

3 bulan percuma untuk pelanggan baru jalur lebar tetap ViewQwest Freedom 100

  • OLEH Najib
  • 11:47 am
  • 12/09/2019
  • Komen
3 bulan percuma untuk pelanggan baru jalur lebar tetap ViewQwest Freedom 100
Share on FacebookShare on Twitter

ViewQwest merupakan penyedia jalur lebar tetap dari Singapura yang baru bertapak di Malaysia. Pada bulan Mei lepas, ViewQwest menyatakan perancangan mereka untuk meluaskan capaian liputan mereka menerusi rangkaian TM HSBB. Kini, mereka memperkenalkan pelan internet 100Mbps baru menggunakan rangkaian HSBB, bermula dari Lembah Klang dan Johor Bahru, kemudian dikembangkan ke bandar-bandar lain.

Pelan baru ini dikenali sebagai ViewQwest Freedom 100 dan ia agak berbeza dari pelan jalur lebar tetap lain. Ini kerana ViewQwest memberikan alamat IP Statik serta menjanjikan tiada Polisi Penggunaan Adil (Fair Usage Policy) dikenakan kepada pengguna.



Jadi, pengguna tidak akan disekat kelajuan seperti menonton video strim Netflix atau YouTube, atau bermain game. Dalam kata lain, muat turun dari sebarang platform di internet tidak akan disekat kelajuannya. Ini adalah janji ViewQwest yang mahukan pengguna mengalami penggunaan internet tanpa had yang sebenar.

Seperti tawaran pelan ViewQwest yang lain, pelan ViewQwest Freedom 100 menawarkan dua jenis WiFi Router. Untuk rumah kecil dengan keluasan kurang 1000m/segi, boleh mendapatkan WiFi Router ASUS RT-AC1200G+. Bagi liputan lebih luas, ViewQwest menyediakan pasangan ASUS Lyra Trio Dual-Band Mesh. Untuk mendapatkan WiFi Router lebih baik, harga pelan dikenakan akan berbeza.



ViewQwest menawarkan pelan ViewQwest Freedom 100 bersama kontrak 24-bulan atau 36-bulan. Jika pelanggan memilih WiFi Router ASUS RT-AC1200G+, harga bulanan yang dikenakan ialah RM138 (24-bulan) dan RM128 (36-bulan). Bagi ASUS Lyra Trio Dual-Band Mesh pula, langganan bulanan ialah RM158 (24-bulan) dan RM148 (36-bulan).

ViewQwest juga memberikan 3 bulan percuma untuk langganan ViewQwest Freedom 100. Tetapi 3 bulan percuma ini diberikan selepas tamatnya kontrak. Bagi kontrak 24-bulan, 3 bulan percuma ialah bulan ke 25, 26 dan 27. Kontrak 36-bulan pula, percuma pada bulan 37, 38 dan 39.

Tidak lama lagi, ViewQwest akan menyediakan pelan berkelajuan lebih pantas menerusi rangkaian HSBB. Pengguna di Malaysia boleh melanggan kelajuan 300Mbps, 500Mbps dan 800Mbps melalui ViewQwest.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran ViewQwest, layari laman web www.viewqwest.com.my

Tags: HSBBViewQwest
Najib

Najib

POPULAR

3 bulan percuma untuk pelanggan baru jalur lebar tetap ViewQwest Freedom 100

3 bulan percuma untuk pelanggan baru jalur lebar tetap ViewQwest Freedom 100

12 September 2019
Xiaomi Mijia Washer Dryer kini rasmi di Malaysia, hanya RM1,499 untuk masa terhad

Xiaomi Mijia Washer Dryer kini rasmi di Malaysia, hanya RM1,499 untuk masa terhad

7 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER