fbpx

Huawei mula muat naik petunjuk berkaitan Mate 30

Huawei telah mengesahkan bahawa peranti terbaru mereka, siri Mate 30 akan dilancarkan pada 19 September 2019 di Munich, Jerman. Menerusi laman media sosial twitter, Huawei telah memuat naik video berkaitan Mate 30. Ia mungkin petunjuk kepada kamera pada telefon tersebut.

Dalam video pertama, ia menunjukkan seorang pemanah yang melepaskan anakpanah dari jarak jauh menuju sebuah bulatan. Anak panah tersebut seperti terhenti apabila sampai di bulatan tersebut, dan ia diakhiri dengan perkataan: โ€œSee Time Differentlyโ€ atau lihat masa secara berbeza.

Dari video ini, kita boleh terjemahkan bahawa Mate 30 nanti akan datang dengan keupayaan zum yang jauh, seperti anak panah tersebut. Ia juga akan datang dengan keupayaan gerak perlahan atau slo-mo. Buat masa ini, rakaman video gerak perlahan paling perlahan ialah 960fps. Adakah Mate 30 akan memecah rekod ini?

Video kedua pula menunjukkan seekor sesumpah masuk ke dalam bulatan dan diakhiri dengan perkataan โ€œPower Through Speed.โ€, atau kuasa menerusi kelajuan. Yang ini agak sukar untuk kami terjemahkan apa yang cuba disampaikan.

Tetapi dari kedua-dua video ini, kita boleh lihat betapa pentingnya bulatan. Perkara ini selaras dengan gambar Mate 30 yang terbocor sebelum ini yang menunjukkan modul kamera belakang Mate 30 akan menggunakan bulatan, bukan lagi petak seperti di Mate 20. Mungkin Huawei cuba membezakan diri mereka dari modul kamera petak yang popular tahun ini kerana digunakan oleh iPhone 11 dan Pixel 4.

BACA  Perbandingan Kamera: Mate 30 Pro, iPhone 11, iPhone 11 Pro Max, & Galaxy Note 10+
Gambaran terbocor Mate 30

Lain-lain perkara yang dikhabarkan akan ada di Mate 30 adalah seperti kamera utama 40MP dengan sensor sebesar 11.5-inci dan dwi apertur F1.4-F1.6. Kamera ultra lebar juga 40MP menggunakan sensor 1/1.7-inci. Kamera ketiga pula ialah telefoto 8MP denga keupayaan zum optikal 5x, seperti di P30 Pro.

Perkara yang lebih pasti, adalah penggunaan pemproses baru Kirin 990 buat pertama kali di peranti Huawei. Ia akan dirasmikan oleh Mate 30.

Cuma yang menimbulkan kekhuatiran, ialah penggunaan sistem operasi Android. Huawei Mate 30 dilaporkan masih belum menerima lesen dari Google. Android masih boleh digunakan, tetapi servis Google mungkin tidak boleh digunakan seperti YouTube, Maps, Search dan lain-lain.

Masih belum diketahui apakah yang akan Huawei lakukan jika Mate 30 tidak boleh menggunakan servis Google. Kita hanya boleh doakan yang terbaik, moga hati Trump terbuka untuk membenarkan Huawei kembali berniaga seperti biasa di Amerika Syarikat.