fbpx

TuneTalk mohon maaf, beri 3GB data percuma di Hari Malaysia

Semalam, pada 15 September 2019, pengguna TuneTalk mengalami gangguan rangkaian selama beberapa jam. Ia tidak menjejaskan penggunaan panggilan dan SMS tetapi perkhidmatan internet tidak dapat sigunakan langsung.

Bagaimanapun, perkhidmatan tersebut telah pulih selepas diperbaiki.

Hari ini, sebagai tanda meminta maaf dan membalas jasa pengguna yang mempercayai mereka, TuneTalk memberikan data percuma sebanyak 3GB. Data percuma 3GB ini boleh sigunakna sehingga tengah malam, 11.59pm pada 16 September 2019.

Sebelum itu, pengguna perlu mengaktifkan penebusan data percuma ini. Caranya dengan menghantar SMS MYDAY ke 2222. Satu SMS pengesahan akan diterima dan pengguna boleh mula menikmati data percuma tersebut.

Ini satu langkah yang sangat dipuji. Ia patut dicontohi oleh semua syarikat telekomunikasi yang lain. Memberikan pengguna rebat atau hadiah apabila berlaku gangguan rangkaian.

BACA  Dropship Kereta Terbang Lebih Menguntungkan Daripada Bangunkan Sendiri