• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Alternatif Lebih Baik Mi A3 Diumumkan Untuk Pasaran Global

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:58 am
  • 17/09/2019
  • Komen
Alternatif Lebih Baik Mi A3 Diumumkan Untuk Pasaran Global
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi CC9 diumumkan di China pada penghujung Jun 2019 dan sudahpun dijual di Malaysia dalam bentuk set import seminggu seterusnya. Tapi jika anda tertanya-tanya jika ada versi luar China untuk itu, jawapan anda terjawab hari ini sebab CC9 dijual untuk pasaran global menggunakan nama Mi 9 Lite.

Untuk spesifikasi, ia miliki keupayaan setara dengan Mi 9 SE, Mi A3, Realme 3 Pro, dan yang seangkatan dengannya. Tapi berbanding Mi A3, telefon ini lebih berbaloi sebab paparannya ada resolusi minimum yang sepatutnya ada pada telefon zaman ini.



Bahasa mudahnya, ia berada dalam kelas midrange SoC Snapdragon 710 menjadi penerajunya. Cip itu ditemani dengan RAM 6GB serta storan sehingga 128BG. Bahagian muka telefon ini menggunakan panel AMOLED berukuran 6.39″ pada resolusi HD Penuh.

Takuk berbentuk titisan air mirip Mi 9 hadir untuk menempatkan kamera 32MP. Bahagian belakang pun ada trikamera di bahagian sudut kiri. Padanya ada sensor 48MP, 8MP ultralebar, dan 2MP bokeh.



Menguasakan segala kelengkapan elektronik telefon ini adalah bateri berkapasiti 4,030mAh yang menyokong pengecasan pantas QC4.0+. ANtar ayang menarik adalah ia ada komponen NFC serta port 3.5mm audio untuk kemudahan anda.

Harganya dalam pasaran Eropah adalah EUR 319 (RM 1,466) tapi anda perlu ingat yang harga di sana memang senantiasa lebih mahal berbanding harga di sini.

Spesifikasi Mi 9 Lite

Sumber: Mi

Tags: xiaomixiaomi mi 9 lite
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Alternatif Lebih Baik Mi A3 Diumumkan Untuk Pasaran Global

Alternatif Lebih Baik Mi A3 Diumumkan Untuk Pasaran Global

17 September 2019
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER