fbpx

Oppo umum hadiah percuma untuk tempahan awal A9 2020 sehari sebelum dilancar

Pelancaran Oppo A9 2020 akan dirasmikan pada hari esok, 18 September 2019. Tetapi Oppo Malaysia hari ini telah mengumumkan hadiah percuma untuk tempahan awal A9 2020, yang akan dibuka pada 18 September 2019.

Tempahan awal Oppo A9 2020 dari 18 hingga 27 September akan turut menerima hadiah percuma berupa satu kali perlindungan skrin selama setahun dan beg eksklusif Oppo, kesemuanya bernilai RM258. Kepada yang berminat, boleh membuat tempahan awal di Stor Konsep Oppo, pengedar sah Oppo, serta Stor Online di laman web Oppo, Lazada dan Shopee.

Pembeli yang membuat tempahan awal dalam tempoh tersebut, boleh mula mengambil telefon pintar A9 2020 baru mereka bermula 28 September 2019.

Oppo juga menawarkan keahlian VIP premium untuk pembeli A9 2020 di Stor Konsep Oppo. Untuk pakej A, pembeli menambah RM169 untuk menerima 1 tahun perlindungan skrin, 1 tahun jaminan tambahan, baucer tempered glass dan 2x baucer aksesori Oppo RM10. Semua ini bernilai RM296 dan boleh dimiliki dengan membayar RM169 sahaja.

Bagi pakej B pula, dengan bayaran tambahan RM109, pembeli boleh memilih antara perlindungan skrin 1 tahun atau 1 tahun jaminan tambahan, baucer tempered glass dan baucer aksesori Oppo RM10. Semua ini bernilai RM187.

Tawaran pakej A dan B untuk pembeli Oppo A9 2020 ini dibuka sehingga 30 September 2019, hanya di Stor Konsep Oppo. Lawati Stor Konsep Oppo berhampiran untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau layari Facebook Oppo Malaysia.

Oppo A9 2020 memiliki kapasiti bateri sebesar 5,000mAh, pastinya memberi jangka hayat telefon yang sangat panjang untuk pengguna. Di samping itu, A9 2020 akan dilengkapi 4 kamera belakang dengan kamera utamanya menggunakan sensor 48MP, kamera ultra lebar 8MP seluas 119-darjah, kamera potret 2MP dan kamera makro 2MP. Ia akan dikuasakan dengan RAM sebanyak 8GB dan storan dalaman seluas 128GB.

BACA  Jaminan tahun ke-2 untuk peranti Huawei dilanjutkan ke hujung tahun

Harga jualan Oppo A9 2020 pasti akan diumumkan di majlis pelancarannya esok. Nantikan laporan kami dari sana kelak.