• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon Vivo dengan 6 kamera akan dilancar pada 1 Oktober

  • OLEH Najib
  • 12:38 pm
  • 17/09/2019
  • Komen
Telefon Vivo dengan 6 kamera akan dilancar pada 1 Oktober
Share on FacebookShare on Twitter

Pada bulan Julai lepas, Vivo telah melancarkan telefon pintar Vivo S1 yang berjaya menarik perhatian ramai. Ia memiliki gandingan warna yang unik, dengan tiga kamera di belakang pada harga hanya RM1,099. Tidak lama lagi, Vivo akan memperkenalkan sebuah telefon pintar baharu yang dilengkapi dengan 6 kamera.

Telefon pintar tersebut ialah Vivo V17 Pro. Vivo Malaysia telah mengesahkan ia akan dilancarkan di sini pada 1 Oktober 2019. Ia juga dilihat akan dijual tidak lama selepas pelancaran memandangkan ia telah lulus pengesahan SIRIM.



Tarikan utama Vivo V17 Pro ini ialah penggunaan 6 kamera. Kamera ini dipecahkan kepada 4 kamera di belakang dan 2 kamera di depan. Tambah menarik, skrin Vivo V17 Pro tiada takuk dan lubang, kerana kamera depannya menggunakan modul boleh simpan seperti di Vivo V15.

2 kamera depan dalam modul boleh sembunyi? Ini adalah yang pertama seumpamanya di telefon pintar.



Vivo masih belum mengeluarkan spesifikasi rasmi tentang Vivo V17 Pro ini, tetapi maklumat tentangnya telah pun dibocorkan oleh Roland Quandt, pembocor berita bersiri. Menurut Roland, skrin Vivo V17 Pro berukuran 6.44-inci, dengan resolusi HD Penuh 2440×1080. Skrin ini juga memiliki pengimbas capjari terbina di dalamnya.

Dua kamera depan di dalam modul boleh sembunyi, dikatakan adalah kamera utama 32MP bersutu lebar dan kamera kedua pula pengesan kedalaman 2MP. Kamera belakang pula, gabungan kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 8MP, kamera pengesan kedalaman 2MP dan mungkin satu lagi ialah kamera makro 2MP.

Untuk kuasa, Vivo V17 Pro akan menggunakan pemproses yang sama dengan Vivo 15 Pro, iaitu Snapdragon 675. Ia akan diperkasa bersama RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Baterinya pula sebesar 4,100mAh dan kali ini ia dicas menggunakan sambungan USB-C. Roland juga menyatakan, jek audio 3.5mm masih dikekalkan.

Vivo V17 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 1 Oktober 2019. Tetapi kita boleh mendapat maklumat rasmi lebih awal kerana ia akan dilancarkan di India pada 20 September 2019. Kita juga boleh mengganggarkan harga jualannya di Malaysia, selepas mengetahui harga di India.

Sumber: WinFuture, Vivo India

Tags: vivoVivo V17 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Telefon Vivo dengan 6 kamera akan dilancar pada 1 Oktober

Telefon Vivo dengan 6 kamera akan dilancar pada 1 Oktober

17 September 2019
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER