fbpx

OnePlus 7T dibocorkan secara rasmi oleh Pete Lau

OnePlus telah mengesahkan akan mengadakan majlis pelancaran model terbaru telefon pintar mereka, OnePlus 7T pada 26 September 2019. Ia dinyatakan akan mengekalkan beberapa ciri tercanggih di OnePlus 7 Pro dengan sedikit naiktaraf.

Masih belum ada perkara rasmi tentang OnePlus 7T diberitahu oleh OnePlus sendiri, selain mengekalkan skrin 90Hz. Tetapi CEO dan pengasasnya, Pete Lau mungkin sudah tidak sabar untuk memberitahu tentangnya. Ini kerana beliau sendiri telah berkongsi rupa luaran telefon OnePlus 7T di media sosial.

Menurut Pete, OnePlus 7T akan menggunakan kaca belakang berkabus generasi ke-4, naik taraf dari yang digunakan pada OnePlus 6. Malah, modul kamera bulat juga menjadi fokus utama rekaan. Ia boleh menarik perhatian ramai dan membina semula bagaimana rupa kamera di telefon pintar mereka dibentuk.

OnePlus 7T juga menekankan konsep simetri sempurna dari semua arah. Bahagian sisinya melengkung untuk memberi rupa yang kelihatan berbeza dari rekaan keseluruhan telefon yang berbentuk petak. Rekaan akhir ini telah dipilih hasil dari 50 tahap perubahan yang telah dilakukan.

Sudah pasti, tiga kamera belakang adalah naik taraf terbesar untuk OnePlus 7T. Dijangka, ia akan mengekalkan modul kamera popup untuk kamera depan dan diletak di tengah, untuk mengekalkan bentuk simetri. Maklumat lanjut tentang telefon ini pasti kita perolehi di majlis pelancarannya pada 26 September 2019.

Sumber: Pete Lau

BACA  Todak Studios Bakal Pamer Game 100% Buatan Malaysia Di Level Up Play 2019