fbpx

Oppo Umum SuperVOOC 2.0, Berupaya Isi Penuh Bateri 4,000mAh Dalam Masa 30 Minit

Oppo senantiasa dihadapan dalam teknologi bateri. Belum pun dapat mana-mana pengeluar menyaingi SuperVOOC 45W milik mereka, kini Oppo mengumumkan pula SuperVOOC yang mampu bekerja sehingga 65W.

Untuk perspektif, telefon dengan pengecasan terpantas setakat ini adalah Oppo R17 Pro dengan SuperVOOC biasa. Menggunakan pengecas 45W, bateri 3,700mAh di telefon R17 Pro perlukan 35 minit untuk dicas. Tapi dengan SuperVOOC 2.0, hanya 30 minit diperlukan untuk penuhkan tangki 4,000mAh.

Lebih bagus, SuperVOOC 2.0 juga backward compatible dengan teknologi generasi terdahulu. Jika anda risaukan tahap keselamatan teknologi ini, Oppo memaklumkan langkah perlindungan yang sewajarnya telah dilakukan padanya termasuklah lima lapis kawal selia tenaga yang meliputi blok pengecas, kabel pengecas dan juga pada telefon itu sendiri.

30W Wireless VOOC Flash Charge & VOOC 4.0

Selain SuperVOOC 2.0, Oppo turut mengumumkan dua teknologi bateri baru iaitu:

  • 30W Wireless VOOC Flash Charge
  • 30W VOOC 4.0

Ini adalah kali pertama VOOC menyokong pengecasan wayarles dan ia terus menyamai teknologi yang diperkenalkan Xiaomi baru-baru ini. Menggunakan piawaian QI, ia mampu mengisi bateri 4,000mAh sepantas 80 minit secara wayarles.

Oppo turut menambah baik VOOC sedia ada kepada generasi 4.0 yang mampu memberikan output sehingga 30W. Menggunakan bateri 4,000mAh sebagai penanda aras, ia mengisi penuh daripada kosong dalam masa 73 minit iaitu 12% lebih pantas daripada VOOC 3.0.

Bukan sahaja kepantasan keseluruhan diambil kira, Oppo turut memperbaik kepantasan mengecas khususnya pada 10% pertama mengisi bateri dengan cara mengoptimumkan algoritma yang diguna pakai sistem pengecas.

BACA  #Belanjawan2020: RM20 juta Untuk Pacu Pertumbuhan E-Sukan Negara

Sumber: Oppo