fbpx

Mate 30 Pro Dengan Dwikamera 40MP Rasmi Di Munich

Selepas beberapa minggu ribut khabar angin bertiup, hari ini ia bersidang dengan pelancaran rasmi siri Mate 30 di Munich, Jerman. Kebanyakan maklumat yang tertiris ternyata benar dan ini segala-galanya yang kita tahu daripada majlis tersebut.

Yang pertama ada dua buah telefon dalam keluarga Mate 30 setakat ini, satu Mate 30 versi standard dan satu lagi Mate 30 Pro. Jadual berikut adalah spesifikasi ringkas kedua-dua telefon yang diumumkan sebentar tadi.

Huawei Mate 30 Pro

Saiz paparan Mate 30 Pro adalah lebih besar berbanding Mate 20 Pro (6.53″ vs 6.39″). Tapi untuk generasi ini, Huawei telah turun tarafkan panel, daripada QHD+ di Mate 20 Pro kepada FHD+ saja pada generasi ini. Mungkin ia berkait rapat dengan kecekapan bateri ataupun untuk mengalihkan kos pengeluaran ke bahagian lain.

Atas papan utama, telefon ini menggayakan SoC terbaru Huawei yang diumumkan baru-baru ini. Kirin 990 dilaporkan menggunakan litografi 7nm yang sama dengan 980 sebelum ini tapi ada dua kunci utama perbezaan antara kedua SoC flagship ini.

Satu adalah pada kehadiran Smart Cache yang dikatakan mengurangkan penggunaan kuasa pada bahagian RAM sehingga 12%. Perbezaan kedua adalah kehadiran NPU Da Vinci yang baru yang miliki kecekapan tenaga sehingga 24 kali ganda berbanding NPU sebelum ini.

Konfigurasi kamera juga berbeza kali ini. Di Mate 30 Pro anda dihidangkan dengan 2 kamera 40MP, satu untuk kamera biasa dan satu lagi untuk kamera ultralebar. Maka, anda boleh katakan Mate 30 Pro kali ini ada kamera ultralebar dengan resolusi tertinggi setakat ini dalam telefon pintar. Dua lagi kamera yang hadir di belakang telefon ini adalah masing-masing 8MP untuk telefoto dan kamera ToF untuk bokeh.

BACA  Maxis guna kepakaran Huawei untuk melancarkan 5G

Untuk selfie, kamera 32MP hadir dan ia tidak dibazirkan begitu saja. Menurut Huawei, telefon ini adalah yang pertama menyokong panggilan video 4K menggunakan kamera selfie.

Keupayaan rakaman video di Mate 30 Pro juga luar biasa. Selain mampu merakam video 4K 60fps, ia turut dilengkapi penstabil imej optikal dan AI (OIS + AIS) serta boleh menangkap video gerak sangat perlahan (ultra slo-mo) sehingga 7,680fps. Sebelum ini, telefon pintar boleh merakam video super slo-mo sehingga 960fps sahaja.

Menguasakan Mate 30 Pro adalah sekeping bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas sehingga 40W untuk kaedah kabel ataupun 27W jika pengecasan wayarles digunakan.

Huawei Mate 30

Ada beberapa perbezaan ketara antara telefon ini dengan saudara Pro-nya. Yang pertama telefon ini ada paparan sedikit besar, 6.62″ pada resolusi FHD+. Sungguhpun dikuasakan Kirin 990 yang sama, konfigurasi RAM storan Mate 30 adalah berbeza kerana ia datang dengan RAM serendah 6GB dan storan 256GB tidak pula ditawarkan.

Di bahagian kamera, penembak ultralebar 40MP pada edisi Pro digantikan dengan kamera 16MP biasa, yang boleh anda temui pada Nova 5T. Mujurlah kamera telefoto tidak diturun taraf sebaliknya diwarisi daripada Mate 30 pro iaitu yang ada sensor 8MP F2.4. Yang terakhir adalah kamera selfie Mate 30 diberikan sensor 24MP F2.0.

Biarpun fizikaliti Mate 30 lebih besar, bateri yang dimilikinya adalah sedikit kecil. Kapasiti bateri yang ada pada Mate 30 adalah 4,200mAh tapi ia tetap menykong kobinasi mengecas 40W dan 27W, sama seperti Mate 30 Pro.