• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Unifi AIR tanpa had kuota kini boleh dilanggan semua orang dari RM79 sebulan

  • OLEH Najib
  • 7:36 am
  • 19/09/2019
  • Komen
Unifi AIR tanpa had kuota kini boleh dilanggan semua orang dari RM79 sebulan
Share on FacebookShare on Twitter

Telekom Malaysia (TM) telah memperkenalkan Unifi Air sebagai internet mudah alih berkelajuan tinggi tanpa had kuota sebelum ini, sebagai alternatif kepada pelan Streamyx. Kini, pendaftarannya telah dibuka kepada orang ramai di mana sebelum ini hanya boleh didaftar oleh pengguna Streamyx sedia ada sahaja.

Unifi Air diperkenalkan dengan harga langganan RM129/bulan, tetapi ditawarkan pada harga RM79/bulan sempena Hari Malaysia. Ia datang bersama router wayarles 4G LTE Huawei B618 secara percuma, dengan kontrak selama 24 bulan.



Tidak seperti pelan jalur lebar wayarles Unifi sebelum ini, Unifi Air tiada had kuota dan menyatakan ia memberikan kelajuan muat turun sehingga 20Mbps menerusi rangkaian TDD-LTE.

Jika anda telah memiliki router 4G LTE, terdapat juga pilihan untuk melanggan SIM sahaja berharga RM79/bulan.



Menurut Soalan Lazim FAQ, Unifi Air terbuka kepada semua walaupun bukan pelanggan TM serta bukan warganegara Malaysia. Malah, perniagaan juga boleh mendaftar pelan ini tetapi harus menggunakan nama pemilik perniagaan utuk mendaftar. Sehingga 3 talian boleh didaftar menggunakan kad pengenalan yang sama.

Pengguna yang melanggan Unifi Air boleh terus menikmati kadar yang sama selepas tamat kontrak 24 bulan. SIM ini hanya memberikan perkhidmatan data sahaja, tiada penggunaan panggilan atau SMS. FAQ juga menyatakan, router yang diberikan percuma ini telah dikunci SIM dan datang dengan jaminan selama 12 bulan.

Jika anda berminat, boleh pergi ke TMPoint berhampiran untuk mendaftar. Bayaran pendaftaran RM100 diperlukan semasa mendaftar dan akan digunakan untuk membayar bil akan datang. Anda boleh menyemak liputan Unifi Air menerusi laman web ini.

Terima kasih kepada @rahmansallein terhadap tip yang diberikan!

Tags: TMUnifi AIR
Najib

Najib

POPULAR

Unifi AIR tanpa had kuota kini boleh dilanggan semua orang dari RM79 sebulan

Unifi AIR tanpa had kuota kini boleh dilanggan semua orang dari RM79 sebulan

19 September 2019
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN