• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga baru Streamyx jauh lebih murah dari Unifi dan tawaran Unifi AIR kepada yang layak

  • OLEH Najib
  • 5:58 pm
  • 06/08/2019
  • Komen
Harga baru Streamyx jauh lebih murah dari Unifi dan tawaran Unifi AIR kepada yang layak
Share on FacebookShare on Twitter

TM hari ini mengadakan acara #KhabarBaik ke-4, mengumumkan 3 perkara penting dengan fokus utama untuk pengguna Streamyx. Paling utama, pengguna Streamyx tidak lagi membayar harga yang lebih mahal dari pelan Unifi.

Khabar Baik pertama ialah pengenalan Unifi AIR. Ia adalah tawaran jalur lebar wayarles, menggunakan liputan TDD-LTE untuk pengguna Streamyx di luar liputan Unifi. Tiada pemasangan diperlukan, pengguna hanya perlu menghidupkan modem dan menghubungkan peranti ke modem tersebut untuk mendapat sambungan internet.



Pelan ini berharga hanya RM79/bulan tanpa had kuota. Bagaimanapun pengguna dikenakan kontrak selama 24-bulan, kerana modem diberikan percuma. Kelajuan purata dikatakan sekitar 20Mbps.

Khabar baik kedua ialah penurunan harga pelan Streamyx ke RM69/bulan. Tidak kira jenis kelajuan 1Mbps, 2Mbps, 4Mbps atau 8Mbps, semua pengguna Streamyx sedia ada hanya perlu membayar RM69/bulan bermula 1 September 2019. Tiada kontrak baru dikenakan. TM juga akan menukar nama Streamyx kepada Unifi Lite.



Pengguna baru juga boleh menikmati harga RM69/bulan jika mendaftar Unifi Lite sebelum 31 Ogos 2019. Selepas itu, pengguna baru perlu membayar RM89/bulan untuk melanggan pelan Unifi Lite.

Ini ialah usaha sementara dari TM sambil menaik taraf rangkaian menggunakan pelbagai teknologi seperti fiber, wayarles dan GigaWire, yang dijadualkan akan selesai pada tahun 2021. TM mensasarkan untuk menaik taraf 70% pengguna Streamyx ke Unifi menjelang penghujung 2020.

Khabar baik ketiga ialah pengenalan Skuad Elit Unifi. Ia adalah pasukan teknikal yang akan tiba di premis pengguna dalam masa 2 jam selepas aduan dibuat. Pasukan ini akan mula berkhidmat pada 1 Oktober 2019.

Tiada sebarang caj dikenakan untuk mendapatkan khidmat premium ini, sehingga akhir tahun ini. Untuk permulaan, ia disediakan di lima bandar iaitu Georgetown, Butterworth, Pantai Dalam, Shah Alam dan Johor Bahru.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.unifi.com.my

Tags: khabarbaikstreamyxTMUnifiUnifi AIR
Najib

Najib

POPULAR

Harga baru Streamyx jauh lebih murah dari Unifi dan tawaran Unifi AIR kepada yang layak

Harga baru Streamyx jauh lebih murah dari Unifi dan tawaran Unifi AIR kepada yang layak

6 August 2019
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN