• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Watch GT 2: Jam Tangan Dengan Ketahanan Bateri 2 Minggu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:50 am
  • 20/09/2019
  • Komen
Huawei Watch GT 2: Jam Tangan Dengan Ketahanan Bateri 2 Minggu
Share on FacebookShare on Twitter

Selain daripada siri Mate 30, Huawei juga mengumumkan dua jam tangan pintar di Munich, Jerman. Siri Huawei Watch GT 2 kali ini ada keunikannya yang tersendiri. Ia adalah yang pertama diperkasa cip Kirin A1 buatan Huawei sendiri.

Yang dibanggakan Huawei dalam pembentangan mereka adalah jangka hayat bateri yang mampu ditawrkan jam-jam ini. Untuk siri 46mm, ia boleh berkhidmat sehingga 2 minggu lamanya dengan sekali cas menakala versi 42mm, masa gunanya sedikit pendek, pada 1 minggu.



Tapi yang pelik, rekaan Watch GT 2 adalah sangat berbeza antara satu sama lain. Versi 46mm nampak lebih maskulin dengan bezel boleh berputar tapi yang 42mm lebih feminin dan semaca Galaxy Watch Active.

Watch GT 46mm
Watch GT 42mm

Di bahagian muka, Watch GT 2 miliki paparan 1.39″ daripada panel untuk yang jenis 46mm. Jika anda miliki lengan yang kecil, anda boleh pertimbangkan versi 42mm dengan paparan 1.2″. Saiz mereka sama seperti GT watch asal dan masih dikenakan panel AMOLED sebagai paparan.



Ada banyak sensor bertaburan dalam jam ini tapi yang lebih penting adalah apa yang boleh anda buat dengannya. Yang pertama adalah menjejak tahap kesihatan melalui pengimbas denyut nadi yang ditambah baik, ia malah boleh mengesan denyut nadi ketika anda menyelam dengan algoritma khas yang dibangunkan untuk mengambil kira kehadiran air antara lengan dan pengimbas. Kemudian, aktiviti senaman dijejak dengan satelit GPS dan GLONASS.

Tidak terhad kepada untuk senaman, aktiviti harian juga boleh memanfaatkan ciri pintar Watch GT 2, contohnya ada fungsi panggilan Bluetooth kerana padanya ada mikrofon dan speaker. Ada juga storan dalaman untuk memasukkan sehingga 500 lagu kegemaran anda untuk didengari bersama earbud wayarles anda.

Untuk pasaran Eropah, versi 46mm dijual pada harga EUR250 (RM1,154) manakala 42mm dijual pada harga EUR230 (RM1,062).

Tags: Huaweihuawei watchhuawei watch gthuawei watch gt 2
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023
Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Netflix cari cara hentikan perkongsian akaun, mahu pengguna membayar lebih

Lebih 100 juta isi rumah dikesan kongsi akaun Netflix, bayaran akan dikenakan tak lama lagi

20 Januari 2023
Huawei Watch GT 2: Jam Tangan Dengan Ketahanan Bateri 2 Minggu

Huawei Watch GT 2: Jam Tangan Dengan Ketahanan Bateri 2 Minggu

20 September 2019
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER