fbpx

Honor 20 Pro hadir dengan warna baru putih beku dan Honor Band 5 percuma

Honor Malaysia akhirnya melancarkan warna ketiga buat telefon pintar terbaik mereka, Honor 20 Pro. Warna putih Icelandic Frost kini menyertai warna Phantom Black dan Phantom Blue yang telah sedia ada dijual di Malaysia.

Harga jualan untuk Honor 20 Pro Icelandic Frost juga masih kekal sama, RM2,299. Untuk waktu terhad, Honor Malaysia turut memberikan hadiah percuma berupa Honor Band 5 (bernilai RM149) untuk mana-mana pembelian Honor 20 Pro.

Orang ramai boleh mendapatkan telefon pintar Honor 20 Pro dengan pilihan warna Icelandic Frost ini di semua Stor Honor Experience, laman web HiHonor serta laman e-dagang Shopee.

Honor 20 Pro merupakan telefon terbaik keluaran Honor buat masa ini. Ia dikuasakan cip Kirin 980 bersama RAM 8GB dan storan 256GB. Kehebatannya terletak pada kameranya, di mana 4 kamera belakang dipasang iaitu kamera utama 48MP F1.4 Sony IMX586, kamera ultra lebar 16MP F2.2, kamera telefoto 8MP F2.4 dan kamera makro 2MP F2.4.

Untuk telefon berkelas flagship, kelemahannya ialah penggunaan skrin LCD, bukan OLED. Skrin ini berukuran 6.26-inci HD Penuh+ dan berlubang, menempatkan kamera hadapan 32MP F2.0. Pengimbas capjari terdapat di sisi, bersepadu dengan butang kuasa. Baterinya 4,000mAh dan datang dengan pengecas Huawei SuperCharge 22.5W menggunakan kabel USB-C.

Kenali Honor 20 Pro lebih lanjut menerusi video buka kotak kami di bawah ini.

BACA  Honor melanjutkan kempen jaminan tahun kedua Rileks, Beli je