fbpx

Mi 9 Pro Diumum Dan Miliki Harga Termurah Dunia Untuk Sebuah Telefon 5G

Keluarga Mi 9 kini semakin membesar dengan kehadiran ahli baru, Mi 9 Pro. Selain menjadi telefon paling berkuasa dalam keluarganya, telefon ini dilengkapi teknologi pengecasan baru Xiaomi yang baru diumumkan baru-baru ini.

Salah satunya adalah pengecasan wayarles 30W. Pada paras itu, ia lebih pantas daripada kebanyakan pengecasan berwayar yang lain.

Bukan itu saja, Mi 9 Pro menyokong pengecasan berkabel 40W dan blok pengecas 45W disediakan di dalam kotak. Lei Jun mengatakan yang pengecas yang sama juga boleh anda gunakan untuk menguasakan MacBook anda juga agar bagi meminimumkan aksesori di dalam beg.

Pada bahagian telefon, tidak banyak perubahan fizikal dilakukan Xiaomi. Paling menarik adalah Mi 9 Pro boleh didapatkan dalam kemasan sand blasted untuk panel belakangnya. Manfaatnya adalah ia lebih rintang pada dikotorkan dek cap jari dam mudah dibersihkan.

Di bahagian dalam, anda beroleh sesuatu yang baik. Selain pengecasan wayarles dan pengecasan pantas, ia kini menyokong reverse wireless charge setingga 10W. Bahagian bateri juga telah dipertingkat daripada 3,200mAh kepada 4,000mAh.

Pada papan utama, ia dikuasakan Snapdragon 855+ bersama-sama RAM 12GB dan storan 512GB. Telefon ini juga akan jadi yang pertama diperkasa sistem operasi MIUI 11.

Beralih ke jabatan pengimejan, kamera Mi 9 Pro ada kelengkapan kamera yang sama seperti Mi 9. Anda akan terima kamera selfie 20MP dan kamera belakangnya ada spesifikasi seperti berikut:

  • 48MP IMX 586 F1.75
  • 16MP IMX 481 Ultralebar
  • 12MP F2.2 Telefoto

Harga Mi 9 Pro di China adalah seperti berikut:

  • Mi 9 Pro – RAM 8GB + storan 128GB – RMB 3,699 (RM 2,175)
  • Mi 9 Pro – RAM 12GB + storan 512GB – RMB 4,299 (RM2,529)
BACA  Risiko Yang Perlu Anda Ketahui Jika Gunakan Gajet IoT Xiaomi