• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Alibaba

Alibaba perkenal cip AI Hanguang 800, kuasa pengkomputeran termaju

  • OLEH Najib
  • 7:29 am
  • 26/09/2019
  • Komen
Alibaba perkenal cip AI Hanguang 800, kuasa pengkomputeran termaju
Share on FacebookShare on Twitter

Alibaba adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam bidang teknologi. Mereka terkenal dengan platform e-dagang Taobao di China dan turut memiliki perkhidmatan awan, Alibaba Cloud. Dalam persidangan tahunan Alibaba Cloud Apsara yang diadakan di Hangzhou China, mereka memperkenalkan cip pemposes AI buatan mereka, Hanguang 800.

Kuasa pemproses AI kini menjadi semakin penting untuk menjalankan pelbagai kerja. Bagi Alibaba, ia diperlukan bagi memberi pengalaman yang mudah buat pengguna terutama ketika membeli-belah dalam talian. Semasa proses pembangunan, cip Hanguang 800 digunakan bagi menguruskan perkhidmatan perniagaan Alibaba seperti carian produk, terjemahan automatik di laman web, cadangan peribadi, pengiklanan serta perkhidmatan pelanggan pintar. Kesemua ini memerlukan kuasa pemproses AI yang tinggi.



Cip Hanguang 800 dibangunkan oleh T-Head, dibawab Akademi Alibaba DAMO. Ia merupakan inisiatif peneraju pembangunan teknologi dan kajian saintifik.

Prestasi pengiraan Hanguang 800 mencapai rekod sangat tinggi dalam industri. Cip teras tunggal ini berjaya mencecah 78,563 IPS dalam prestasi pengiraan, sementara prestasi kecekapan direkodkan pada 500 IPS/W.



Sebagai contoh, sekitar 1 bilion gambar produk dimuat naik ke Taobao, laman e-dagang Alibaba, setiap hari oleh peniaga. Sebelum ini, ia mengambil masa 1 jam untuk menyusun kategori jumlah gambar yang sangat besar ini. Tetapi dengan Hanguang 800, ia mengambil masa hanya 5 minit untuk memproses kerja yang sama.

Alibaba akan memperkasa kuasa Hanguang 800 kepada pelanggan Alibaba Cloud bagi untuk memberikan perkhidmatan awan termaju kepada mereka, mengurangkan jurang teknologi yang boleh diakses kepada semua di dunia.

Tags: Alibaba
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Alibaba perkenal cip AI Hanguang 800, kuasa pengkomputeran termaju

Alibaba perkenal cip AI Hanguang 800, kuasa pengkomputeran termaju

26 September 2019
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN