• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Anda Kini Boleh Pindahkan Baki BigPay Anda Ke Akaun Bank

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:44 am
  • 26/09/2019
  • Komen
Anda Kini Boleh Pindahkan Baki BigPay Anda Ke Akaun Bank
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam utusan terbaru di blog BigPay, mereka kini sudah mengaktifkan fungsi memindahkan baki BigPay ke akaun bank. Bukan saja ke akaun bank tempatan, malah mereka juga menyokong beberapa bank antarabangsa.

Ia adalah berita baik buat pengguna yang ingin mengelakkan caj tak munasabah bank apabila memindahkan dana ke satu bank ke bank yang lain, terutamanya yang selalu menghantar wang ke luar negara. Setakat ini, negara yang menyokong BigPay adalah Singapura, Thailand, Fillipina, dan Indonesia.



Untuk caj kiriman wang, perpindahan ke bank tempatan hanya dikenakan RM0.50 dan bank luar negara, antara RM7 hingga RM13.

Untuk mengawal selia perkhidmatan ini daripada disalah guna, BigPay meletakkan had siling kiriman wang. Ia dihadkan pada RM1,000/hari dan tidak melebihi RM2,000/bulan. Tapi had yang berbeza dikenakan untuk kiriman ke luar negara.



Ia lebih hampir 92% lebih menguntungkan berbanding mengeluarkan wang menggunakan kad BigPay di ATM kerana anda akan dikenakan caj RM6 untuk setiap transaksi.

Tapi, sebelum anda menikmati servis itu, BigPay perlu mengesahkan identiti anda. Semasa mengaktifkan servis ini, anda perlu megambil gambar kad pengenalan, depan dan belakang, dan lakukan pengesahan biometrik. Proses pengesahan di pihak BigPay mengambil masa sehinggga 48 jam lamanya.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi BigPay.

Tags: AirAsiabigpay
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Anda Kini Boleh Pindahkan Baki BigPay Anda Ke Akaun Bank

Anda Kini Boleh Pindahkan Baki BigPay Anda Ke Akaun Bank

26 September 2019
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN