fbpx

Dapatkan iPhone 11, iPhone 11 Pro, dan iPhone 11 Pro Max di Digi Store Pada 27 September 2019

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Digi

Tahukah anda yang semua unit awal telefon ini sudah habis ditempah tempoh hari? Tapi usah khuatir kerana anda masih boleh dapatkan seunit iPhone terbaru ini pada hari jualan pertamanya daripada Digi melalui Phone Freedom 365.

Pelan semua-dalam-satu terbaik untuk iPhone 11

Kebiasaannya, apabila anda ingin dapatkan telefon daripada telco, pastinya anda cari yang miliki kombinasi komitmen serta harga peranti yang paling rendah, disamping jumlah kuota Internet, panggilan suara, dan SMS. Di telco lain, agak sukar untuk mencari kombinasi murah pada komitment bulanan, apatah lagi pada harga telefonnya.

Ada yang tawarkan telefon pada harga yang menarik, tapi komitmen bulanan pula yang tinggi dan sebaliknya. Lebih parah, kuota penggunaan yang ditawarkan tak setimpal dengan harga yang dibayar.

Di Digi, mereka ada tawaran antara yang terbaik dalam pasaran untuk iPhone 11.

Contohnya, dengan bayaran bulanan RM294/bulan, anda boleh dapatkan sebuah iPhone 11 Pro (64GB) dengan Digi Postpaid 120. Bersama-sama langganan itu, anda beroleh 80GB data Internet dengan panggilan suara tanpa had. Anda juga terima data perayauan sebanyak 5GB dan panggilan IDD ke 10 negara terpilih secara PERCUMA!

Jika anda bandingkan dengan tawaran telco lain, ada diantara mereka yang tidak menyertakan kuota perayauan langsung, sudahnya ada yang perlu anda bayar RM38/bulan hanya untuk kekal berhubung di luar negara.

Ada juga yang komitmen bulanan melebihi RM300/bulan, tapi amaun data dan manfaat yang anda nikmati tak setimpal langsung.

Maka, pelan yang manakah sesuai untuk anda?

Apabila anda ingin memilih pelan untuk dipadankan dengan iPhone 11, anda perlu cari titik tengah dengan mengambil kriteria-kriteria yang telah dibincangkan.

BACA  Digi beri rebat sepanjang hayat untuk warga emas

Berdasarkan pila penggunaan pasukan SOyaCincau, kami dapati yang 80GB sebulan adalah cukup untuk memenuhi keperluan, baik untuk bersosial hinggalah melayani kandungan multimedia.

Berdasarkan hujah itu, ini adalah beberapa pelan Digi Postpaid yang kami rasakan terbaik untuk iPhone 11.

Pelan Semua-dalam-Satu Terbaik untuk iPhone 11

Sekiranya anda berhajat memiliki iPhone 11 256GB, kombo yang terbaik adalah bersama Digi Postpaid 120. Untuk komitmen bulanan RM253/bulan, anda dapat 80GB data Internet dan 5GB untuk kuota perayauan.

Bersama-sama kontrak 24 bulan, anda hanya perlu bayar RM3,192 untuk iPhone 11 yang bermakna anda jimat lebih RM900 daripada harga rasmi RM4,099. Andai anda mahukan komitmen bulanan yang lebih rendah, iPhone 11 128GB boleh jadi milik anda pada RM234/bulan.

Tapi, kami sentiasa sarankan anda dapatkan telefon dengan storan terbesar yang anda mampu. Beza 128GB antara dua model itu dan RM20 pada komitmen bulanan adalah berbaloi jika anda fikirkan.

Pelan Semua-dalam-Satu Terbaik untuk iPhone 11 Pro

Dalam siri iPhone tahun ini, Apple mengumumkan iPhone pertama dengan trikamera belakang iaitu iPhone 11 Pro. Untuk rasai kehebatan tiga kamera belakang iPhone ini, kami sarankan padankannya dengan Digi Postpaid 120.

Seperti biasa, anda dapat 80GB kuota Internet yang kami rasakan takkan luak pun untuk sebulan penggunaan. Anda boleh pilih iPhone 11 Pro 512GB jika anda mahu, tapi kami sarankan anda untuk ambil Digi Postpaid 120 berdasarkan pola penggunaan berat kami.

Pelan Semua-dalam-Satu Terbaik untuk iPhone 11 Pro Max

Miliki semua manfaat daripada iPhone 11 Pro, versi Max ada beberapa kelebihan lain seperti paparan dan bateri lebih besar. Saranan kami masih lagi dengan Digi Postpaid 120 walaupun anda dapatkan iPhone 11 Pro Max. Hal ini kerana pola penggunaan anda takkan berubah walau iPhone mana pun anda gunakan.

BACA  Olymp Trade, cara lebih baik jana wang di telefon pintar dari bermain PUBG

Bersama-sama kombo Digi Postpaid, anda jimat sekurang-kurangnya RM840 untuk telefon anda sepanjang 24 bulan tempoh kontrak (iPhone 11 Pro Max 256GB milik harga rasmi RM5,999).

Dapatkan iPhone 11 daripada Digi

Jika anda ingin mula gayakan iPhone 11 pada hari pelancarannya di Malaysia nanti, Digi adalah saluran yang tepat. Mereka tawarkan pelan semua-dalam-satu terbaik untuk iPhone 11 dan lebih penting, stok memang tersedia untuk anda.

Anda boleh melawat Digi Store di Bangsar Shopping Center (BSC) daripada 10 pagi pada 27 September 2019. Untuk maklumat lanjut tentang tawaran iPhone 11 dari Digi di sini.

Dapatkan langganan Apple TV+ percuma!

Selain tawarkan pelan terbaik untuk iPhone 11, anda juga akan menerima langganan Apple TV+ percuma selama setahun. Bukan itu saja, anda turut layak mendapat seutas Apple Watch Series 4.

Apa yang anda tunggu lagi? Bergegaslah ke Digi Store pada 27 September 2019 ini untuk dapatkan sebuah iPhone 11 Digi phoneFreedom 365.