Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

OnePlus 7T Terima Kemas Kini SoC Dan Kemasan Kamera Belakang Menarik

Selepas 5 bulan pelancaran siri OnePlus 7 pertama, pengeluar telefon itu hari ini mengemas kini barisan penawaran mereka dengan OnePlus 7T yang diumumkan di India. Daripada helaian spesifikasi, ia menggabungkan beberapa kelebihan OnePlus 7 Pro dan 7 tempoh hari.

Misalnya, daripada segi rekaan, ia mewarisi fizikaliti OnePlus 7 standard tanpa paparan melengkung di bahagian sisi. Tapi paparannya kini ada refresh rate 90Hz yang hanya ada pada varian Pro sewaktu diumumkan. Saiz mukanya kini lebih besar. OnePlus mengenakan panel AMOLED sebesar 6.55″ dengan resolusi FHD+ padanya.

Di bahagian kamera, ada sedikit perbezaan pada konfigurasi kamera. Memang ia ada trikamera belakang macam 7 Pro, tapi susunannya kini dalam kerangka bulat macam Mate 30 Pro. Kamera selfie telefon ini tereltak dalam takuk titisan air macam OnePlus 7 yang asal.

Menguasakan segala kelengkapan elektroniknya adalah sekeping bateri berkapasiti 3,800mAh. Ia diisi patnas dengan teknologi Warp Charge 30T berkemampuan 30W.

OnePlus 7T dilancarkan di India pada harga seperti berikut:

  • RAM 8GB + storan 128GB – INR37,999 (~RM2,243)
  • RAM 8GB + storan 256GB – INR39,999 (~RM2,361)

Harga itu sedikit mahal berbanding OnePlus 7 dulu yang dibuka harga bermula INR32,999 (~RM1,952). Tiada maklumat tentang ketibaan telefon ini di Malaysia, namun pengedar OnePlus buat masa ini, XianFeng Technology telahpun mengeluarkan teaser berkaitan telefon itu.

Spesifikasi OnePlus 7T

BACA  Snapdragon Wear 4100+ diperkenal, kini 25% lebih cekap tenaga