fbpx

Galaxy A70s Dikemas Kini Untuk Dukung Kamera 64MP Pertama Daripada Samsung

Samsung Galaxy A70 adalah antara ahli pertama dalam siri A yang telah diperbaharui untuk menggantikan siri J. Ia diumumkan bersama-sama A80 sekitar Mac 2019. Kali ini, Samsung mengumumkan pula Galaxy A70s, kemas kini kepada A70 tempoh hari.

Berdasarkan specs keseluruhannya, tidak banyak perubahan yang boleh anda lihat kecuali pada bahagian kameranya. A70s kini dilengkapi dengan sensor kamera 64MP, pertama seumpamanya dalam keluarga A setakat ini. Ia menggunakan sensor Samsung GW1, sensor yang sama digunakan dalam Redmi 8 Pro. Selain kamera, apa yang berubah adalah kemasan belakang yang kini ada corak yang berlainan.

Lain-lain spesfikasi masih dikekalkan seperti yang asal. Di bahagian luar, dia ada panel apapran sAMOLED Infinity-U berurukan 6.7″ beresolusi FHD+. Kemudian, di dalam takuknya tersemat kamera selfie 32MP.

Di bahagian papan utama, telefon ini masih digerakkan oleh Snapdragon 675 bersama-sama RAM 6GB ataupun 8GB. Untuk storan, ia hadir dalam satu varian saja iaitu 128GB, namun ia boleh diperluas melalui slot mikro-SD yang dimilikinya.

Membekalkan tenaga kepada semua omponen elektorniknya adalah bateri berkapasiti 4,500mAh dengan kemampuan pengecasan pantas 25W.

Untuk pasaran india, Galaxy A70s dijual pada harga seperti berikut:

  • RAM 6GB + 128GB – RM28,999 (RM1,725)
  • RAM 8GB + 128GB – INR30,999 (RM1,843)

Galaxy A70 yang asal kini sedang dijual di Malaysia pada harga RM1,799. Hanya ada satu varian dijual di sini iaitu RAM 8GB dan storan 128GB. Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Sumber: Samsung

BACA  Xiaomi akan lancar jam pintar yang sangat mirip Apple Watch