fbpx

AMD Umum Siri Ryzen Pro 3000 Untuk Pengguna Komersial

Generasi ketiga CPU Ryzen dibangunkan atas senibinna Matisse Zen 2. Versi untuk pengguna biasa sudahpun ada dalam pasaran untuk beberapa ketika. Untuk memperkaya keluarga gen-3 CPU Ryzen ini, AMD turut mengumumkan versi Ryzen Pro 3000 yang ditujukan khas untuk penggunak komersial seperti perusahaan kecil dan sebagainya.

Antara yang diumumkan adalah:

  • Ryzen 9 Pro 3900
  • Ryzen 7 Pro 3700
  • Ryzen 5 Pro 3600
  • Ryzen 5 Pro 3400G
  • Ryzen 5 Pro 3400GE
  • Ryzen 3 Pro 3200G
  • Ryzen 3 Pro 3200GE
  • Athlon Pro 300GE

Secara ringkasnya, semua produk ini boleh dikelaskan dalam tiga kategori. Kategori pertama adalah CPU tunggal yang tak dilengkapi unit pemproses grafik. Ia boleh dikesan pada ketiadaan abjad G pada kod nama. Kemudian dua baki kategori adalah yang dilengkapi dengan Radeon Vega Graphics dan kategori terakhir adalah yang cekap tenaga.

Beza produk-produk ini berbanding produk untuk gamers adalah ada lapisan tambahan untuk keselamatan. AMD GuardMi melindungi komputer penggunanya daripada tiga jenis serangan.

Yang pertama adalah sistem BIOS dilindungi walaupun komputer tidak berjalan. Kemudian segala komponen hardware yang disambungkan pada komputer juga dilindungi melalui cip pemproses khas. Bahagian memori pula dilindungi di paras hardware tanpa perlukan apa-apa perisian.

Sumber: AMD

BACA  Mengiklan di Facebook akan dikenakan cukai digital 6%