• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Hands-on Galaxy Fold: Telefon Boleh Lipat Terbaik, Setakat Ini

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:34 pm
  • 03/10/2019
  • Komen
Hands-on Galaxy Fold: Telefon Boleh Lipat Terbaik, Setakat Ini
Share on FacebookShare on Twitter

Galaxy Fold diumumkan dalam bulan Mac 2019 bersama-sama Galaxy S10. Samsung mengwar-warkan yang mereka telah wujudkan satu kategori baru dalam penawaran mereka.

Galaxy Fold sewaktu diperkenalkan

Berbanggalah Samsung kerana menewaskan Huawei dalam perlumbaan ini tapi ia cumalah seketika. Unit yang diedarkan kepada media-media terkenal dunia didapati bermasalah bukan sebab cara guna, tapi lebih pada rekaan Galaxy Fold itu sendiri.



Contoh ada lapisan plastik yang nampak seakan pelindung skrin tapi apabila cuba ditanggalkan, ia rupa-rupanya sebahagian daripada paparan dan merosakkannya. Jadi Samsung memanggil semula semua unit reviu Galaxy Fold dan menahan sementara semua tempahan yang dilakukan pengguna kebanyakan.

Telefon Termahal Samsung Tak Boleh Dipasang Skrin Protector

Peranti boleh lipat bukanlah sebuah idea yang novel, sungguhpun merealisasikannya adalah mudah, namun cabaran paling getir adalah menambah nilai kepraktikalan kedalamnya.



Kita terlebih dahulu melihat Flexpai daripada Royole yang bangganya menggelar Android pertama yang ada paparan fleksibel. Namun, kebanyakkan yang berkunjung ke reruai Royole di ECS 2019 baru-baru ini rata-rata mengatakan yang ia jauh sekali bersedia untuk berada dalam tangan pengguna marhaen seperti kita.

Royole Flexpai adalah antara yang pertama mencuba nasib dalam gelanggang boleh lipat

Antara masalah yang membelengu peranti seperti ini adalah pengoptimuman sistem operasi Android untuk menangani paparan yang sentiasa berubah resolusinya.

Selain Samsung dan Royole, Huawei juga tak mahu ketinggalan merebut lampu limpah pengguna global dengan Mate X.

Tapi Huawei bernasib baik kerana sejurus melihat masalah yang dihadapi Samsung, mereka terus mengambil tindakan menangguhkan pengkomersialan Mate X. Jadi mereka tidak perlu menghadapi “PR Disaster” seperti pesaing mereka.

Penjualan Mate X dilewatkan sebab Samsung, bukan kerana Trump

Sehinggalah masuk suku terakhir 2019, masih belum ada telefon Android boleh dibeli, sekurang-kurangnya dalam pasaran Malaysia. Namun, Samsung dijangkan sekali lagi mendahului yang lain kerana jemputan untuk “pelancaran semula” Galaxy Fold sudah pun dihantar ke media-media utama kita.

Galaxy Fold Sama Saja Macam Telefon Biasa

Selain daripada sifat boleh lipatnya, Galaxy Fold ini adalah sebuah telefon yang cukup sifatnya. Tidak ada apa-apa dikorbankan oleh Samsung semasa menghasilkannya. Jika pada specs mentah, ia setaraf dengan Galaxy Note 10+, malah lebih berkuasa.

Atas papan utama, anda beroleh SoC Snapdragon 855 beserta RAM seluas 12GB dan ia dibekalkan storan 512GB. Namun, storan pada Galaxy Fold tidak boleh diperluas, malah hanya ada satu saja slot nano-SIM disediakan. Sekiranya anda ingin menggunakan dua nombor serentak, talian sekunder anda mestilah daripada jenis e-SIM.

Hanya ada satu slot SIM fizikal, SIM kedia dalah berjenis e-SIM

Apabila terbuka, anda dihidangkan dengan paparan Dynamic AMOLED sebesar 7.3″. Ia bukanlah paparan segi empat tepat seperti telefon konvesional, sebaliknya menghampiri segi empat sama. Panel paparannya miliki resolusi QXGA+ ataupun 2152×1536 piksel.

Galaxy Fold ada paparan utama 7.3″ dengan speaker stereo

Untuk memanfaatkan paparan besar telefon ini, ada sepasang speaker hadir untuk menemaninya. Namun ia menembak bunyi ke sisi dan bukannya kearah anda seperti OPPO A9 2020.

Jeriji speaker di salah satu sisi Galaxy Fold

Dalam keadaan terlipat, anda boleh gunakan telefon menerusi paparan sekunder sebesar 4.6″ beresolusi HD+. Tak seperti paparan utama, paparan kedua ini gunakan panel Super AMOLED dan walaupun kepadatan piksel cuma pada 720p, untuk skrin sebesar ini, ia adalah mencukupi.

Di bahagian pengimejan, ada enam buah kamera padanya. Tiga khas untuk selfie dan tiga lagi di belakang telefon. Untuk kamera belakang anda beroleh gabungan kamera belakang 12MP, 16MP (ultralebar), dan 12MP telefoto.

Tiga kamera belakang dengan specs seperti Galaxy Note 10

Di depan pula ada kamera 10MP untuk berselfie sewaktu telefon dalam keadaan lipat.

Ada sepasang kamera lagi di bahagian dalam. Satu kamera 10MP, sama seperti kamera selfie yang berada di luar tadi dan satu lagi adalah kamera bokeh RGB 8MP.

Tiada perubahan pada antara muka (UI) aplikasi kamera kecuali pada susunan pilihan yang diubah suai sedikit untuk ngam dengan paparan besar Galaxy Fold.

Viewfinder lebih besar dan puas untuk digunakan
Dalam keadaan terkatup, kamera turut boleh digunakan

Berikut adalah sampel gambar daripada ketiga-tiga kamera belakang Galaxy Fold.

16MP F2.2 (ultralebar)
12MP F1.5/2.4
12MP F2.4

Samsung membekalkan telefon ini dengan tangki bateri sebesar 4,380mAh. Segala manfaat teknologi bateri daripada Galaxy Note 10 boleh ditemui pada telefon ini seperti pengecasan pantas, pengecasan wayarles, dan pengecasan keluar untuk mengecas gajet yang menyokongnya.

Ada pengecasan wayarles pada telefon ini

Cabaran yang berjaya diatasi Samsung

Bagi merealisisakan Samsung Galaxy Fold, ada bebearapa cabaran yang perlu mereka depani. Salah satunya adalah masalah mengawal selia dua paparan sekali gus.

Ia seperti anda sambungkan laptop Windows anda dengan monitor kedua dan pilih paparan mana yang ingin anda nyalaka, sama ada Duplicate, Extend, ataupun Second Screen Only.

Bezanya Windows dengan Android adalah, di Windows anda perlu tekan butang [Windows] + P, tapi di telefon, transisinya perlu berlaku secara automatik malah lancar juga.

Samsung perlu lakukan pengautomatan pada proses yang biasanya melibatkan beberapa keystroke di Windows

Setakat ini, Samsung dengan jayanya melakukan pengoptimuman terhadap sistem operasi yang dijalankan Galaxy Fold. Sebagai contoh, bila anda membuka lipatan telefon, paparan dipindahkan daripada panel di luar ke dalam dengan lancar tanpa sebarang sela masa lebih-lebih lagi semasa menonton YouTube.

Cabaran yang kedua adalah mengekalkan integriti engselnya untuk satu jangka masa yang amat panjang. Telefon dengan spesifikasi flagship sudah tentu perlu bertahan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 tahun.

Keberadaan engsel sebabkan telefon ini tak langsung kalis air mahupun serpihan bendasing besar

Komponen yang berbentuk “T” untuk meminimumkan peluang bendasing memasuki bahagian engsel.

Cabaran yang perlu diatasi secepat mungkin

Disebabkan sifat boleh lentur pada panel paparan Galaxy Fold, anda perlu tahu yang ia sudah tentu bukan diperbuat daripada kaca seperti kebiasaan. Ada beberapa trade-off yang berlaku untuk hasilkan paparan boleh lipat ini.

Permukaan paparan terasa macam plastik pembalut buku

Yang paling ketara adalah ketahanan terhadap calar. Kami tak berani untuk uji pada peranti bernilai USD 2,000 ini. Tapi anda boleh rujuk di saluran YouTube ujinya tapi YouTuber di JerryRigEverything mendapati yang skrin telefon USD2,000 ini tercalar walaupun menggunakan kuku. Ini adalah sesuatu yang tak ingin anda berlaku pada telefonpada tanda harga setinggi ini.

Paparan Galaxy Fold mula tercalat pada skala Mohs 2 sedangkan telefon kovesional mampu bertahan sehingga 7 hingga 8

Kemudian, cabaran seterusnya adalah kehadiran bendasing dalam meknisme engsel. Sungguhpun Samsung mengujinya pada tahap 200,000 kali iterasi, namun itu adalah dalam situasi makmal yang terkawal. Dalam dunia sebenar, ia tak mungkin berlaku, lebih-lebih lagi berada dalam poket pengguna.

Kesimpulan

Samsung Galaxy Fold adalah sebuah peranti yang inovatif. Ia berjaya membawa idea telefon dengan paparan fleksibel selangkah kehadapan sedangkan pengeluar lain masih menunggu dan lihat daripada jauh.

Namun, saya rasakan ada jurang yang agak besar antara inovatif dengan kepraktikalan pada telefon ini yang mungkin menidakkan ia jadi daily driver untuk pengguna marhaen.

Ada dua faktor yang jadi penghalang Galaxy Fold memasuki arus perdana. Yang pertama adalah berkait rapat dengan kepraktikalan seperti yang saya nyatakan tadi dan yang kedua adalah harganya agak premium.

Pada tanda USD2,000, apabila masuki Malaysia kelak sudah tentu harganya bakal berkisar disekitar RM8,000 hingga RM10,000. Hanya yang betul-betul elit saja mampu untuk mendapatkannya.

Namun, Samsung Galaxy Fold tetap jadi lambang kemajuan dalam arena telefon pintar dan bakal jadi titik rujukan pengeluar lain untuk menambah baik kepada apa yang ada.

Apa pendapat anda tentang Galaxy Fold? Jangan lupa kongsikannya dalam ruangan komen nanti.

Tags: samsungsamsung galaxysamsung galaxy fold
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Hands-on Galaxy Fold: Telefon Boleh Lipat Terbaik, Setakat Ini

Hands-on Galaxy Fold: Telefon Boleh Lipat Terbaik, Setakat Ini

3 October 2019
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER