• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Penjualan Mate X dilewatkan sebab Samsung, bukan kerana Trump

  • OLEH Najib
  • 6:31 pm
  • 17/06/2019
  • Komen
Penjualan Mate X dilewatkan sebab Samsung, bukan kerana Trump
Share on FacebookShare on Twitter

Pada asalnya, Huawei merancang untuk menjual telefon pintar dengan skrin boleh lipat pertama mereka, Mate X pada bulan Jun. Tetapi laporan terbaru menyatakan, Mate X akan mula dijual pada bulan September. Kelewatan penjualan ini dikaitkan dengan Samsung Galaxy Fold.

Jurucakap Huawei memberitahu hal ini kepada CNBC, dalam perancangan mereka untuk menjual Mate X di peringkat antarabangsa. Huawei terpaksa mengambil langkah lebih berhati-hati selepas apa yang berlaku terhadap Galaxy Fold.



Galaxy Fold dengan masalah di skrin

Galaxy Fold sebelum mula dijual, telah diedarkan kepada pihak media dan pengguna terpilih. Bagaimanapun, ia menunjukkan pelbagai masalah terutama berkaitan skrin boleh lipatnya, mengakibatkan Samsung terpaksa menangguhkan penjualan Galaxy Fold.

Disebabkan itu, Huawei membuat ujian tambahan bersama syarikat telekomunikasi dan pembangun aplikasi, untuk memastikan aplikasi mereka berfungsi dengan baik apabila skrin Mate X dibuka dari lipatan. Ini juga untuk memastikan mereka tidak melancarkan produk yang boleh merosakkan reputasi Huawei.



Pelancaran Mate X dijangka mampu menjadi perangsang kepada jualan peranti Huawei, selepas mereka memaklumkan pembatalan pelancaran laptop baru Huawei gara-gara sekatan yang dikenakan Amerika Syarikat. Sekatan ini melarang mana-mana perniagaan di Amerika dari berurusan dengan Huawei.

Huawei positif akan dapat meneruskan penjualan Mate X. Mate X tidak termasuk dalam senarai sekatan Amerika Syarikat dan akan dapat terus menggunakan sistem operasi Android kerana ia dilancarkan sebelum sekatan dikenakan.

Boleh tonton pengalaman kami menggunakan Mate X semasa pameran MWC 2019 pada Februari lepas menerusi video di bawah ini.

Sumber: CNBC

Tags: HuaweiMate X
Najib

Najib

POPULAR

Penjualan Mate X dilewatkan sebab Samsung, bukan kerana Trump

Penjualan Mate X dilewatkan sebab Samsung, bukan kerana Trump

17 June 2019
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER