fbpx

Huawei batal pelancaran laptop baru akibat sekatan kerajaan AS

Berikutan kes sekatan perdagangan yang dilakukan ke atas Huawei oleh kerajaan Amerika Syarikat, syarikat teknologi gergasi China itu bakal membatalkan pelancaran komputer ribanya yang terbaru.

Ini bermakna, ia merupakan kali pertama syarikat China itu membatalkan majlis pelancaran akibat daripada sekatan bekalan perkakasan dari syarikat di AS.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump

Menerusi laporan CNBC, Richard Yu, Ketua Pegawai Eksekutif bahagian pelanggan Huawei berkata bahawa syarikat itu sudah pun merancang untuk melancarkan komputer riba terbaru iaitu siri Matebook tanpa sebarang tarikh sebenar. Namun akibat kes tersebut, mereka terpaksa menangguhkannya dahulu.

Tambahnya lagi, sekatan yang dilakukan ke atas mereka menyebabkan beberapa syarikat AS menghentikan jualan komponen kepada mereka. Sekali gus, memaksa mereka untuk membatalkan pelancaran tersebut.

Huawei Matebook 13

Yu juga berkata bahawa jika sekatan tersebut berlaku untuk jangka masa pendek, pelancaran tersebut akan diteruskan dan tarikh baru bakal diumumkan. Namun jika sekatan tersebut berterusan, mereka mungkin membatalkan pelancaran komputer riba mereka.

Hal ini kerana, Huawei bergantung kepada teknologi AS untuk beberapa produk mereka. Salah satu daripanya adalah Matebook X Pro yang menjalankan sistem operasi Microsoft Windows dan cip pemprosesan dari Intel.

Telefon pintar Huawei: Mate 20 Pro

Dalam perkembangan lain, Huawei dilaporkan sedang membina sistem operasi sendiri untuk telefon pintarnya dan menurut Yu, sistem operasi tersebut bakal dilancarkan di China seawal akhir tahun ini.

Jika dilihat secara keseluruhannya, Huawei seperti mempunyai plan B bagi produk telefon pintarnya (OS sendiri, cip pemprosesan sendiri), tetapi kenapa produk komputer riba mereka sepertinya tidak memiliki plan B bagi menangani masalah ini?

Ia mungkin kerana Huawei baru sahaja menyertai pasaran komputer riba. Komputer riba mereka pertama yang dilancarkan adalah pada 3 tahun lalu ialah Huawei Matebook. Jadi untuk membangunkan OS dan mencipta cip prosesan sendiri adalah sesuatu yang sukar.

BACA  Perbandingan Kamera: Huawei Mate 30 Pro vs. Huawei Mate 20 Pro

Sumber: CNBC