• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Mobile Services diperkenal di Malaysia membuka pintu Google yang tertutup

  • OLEH Najib
  • 4:31 pm
  • 03/10/2019
  • Komen
Huawei Mobile Services diperkenal di Malaysia membuka pintu Google yang tertutup
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Mate 30 telah dilancarkan pagi ini, menjadikan Malaysia sebagai negara pertama ia dijual di luar China. Bersama pelancarannya, Huawei turut memperkenalkan Huawei Mobile Services (HMS) yang menyediakan perkhidmatan alternatif kepada Google Mobile Services (GMS) yang tidak disertakan di dalam Mate 30.

HMS merupakan satu ekosistem holistik untuk peranti mudah alih. Di Malaysia, Huawei bekerjasama dengan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Media Prima, mengadakan Persidangan Ekosistem Huawei Malaysia (HMEC) 2019, bagi memperkenalkan platform HMS kepada pembangun aplikasi dan pengguna.



Malaysia merupakan pasaran penting buat Huawei di mana Huawei memiliki 21.6% pegangan pasaran telefon pintar. Terdapat 530 juta pengguna telefon pintar Huawei yang aktif di seluruh dunia, di mana pada tahun 2018 sahaja, sebanyak 206 juga unit telefon pintar Huawei telah diedarkan.

Huawei menyediakan Kit Pembangunan Perisian (SDK) yang boleh disiapkan dalam masa 3 hari bekerja. Dari SDK ini, pembangun boleh membangunkan aplikasi mereka agar serasi digunakan di HMS, kemudian dimuat naik ke Huawei AppGallery untuk kegunaan orang ramai.



Huawei AppGallery merupakan pusat aplikasi setempat, sama seperti Google Playstore. Menurut Huawei, ia terdapat di lebih 170 negara dengan 910,000 pembangun aplikasi menyertainya.

Pengguna Huawei boleh memuat turun pelbagai aplikasi popular di dalam AppGallery, antaranya ialah aplikasi perkongsian fail SHAREit, aplikasi e-hailing Grab, pelayar Opera Mini dan aplikasi pemetaan Mapps.me.

Bagi menarik minat lebih ramai pembangun perisian di Malaysia, Huawei melancarkan program HMS Integration Challenge. Ia dibuka dari 23 September sehingga 31 Disember 2019 yang menyediakan hadiah bernilai sehingga RM500,000 kepada yang berjaya menyelesaikan tahap-tahap yang disediakan.

Huawei juga menyediakan biasiswa pembangun aplikasi sebanyak RM30,000 yang diberikan setiap satu kepada Universiti Malaysia dan Universiti Teknologi MARA.

Kepada pengguna siri Mate 30 dan telefon pintar Huawei yang akan datang, mungkin GMS tidak akan datang ke peranti Huawei anda, antaranya ialah Google Playstore, Gmail, YouTube, Search dan banyak lagi. Tetapi Huawei kini menjanjikan alternatif kepadanya menerusi HMS yang menyediakan pusat aplikasi setempat Appgallery yang turut memiliki pelbagai aplikasi popular yang boleh dimuat turun.

Secara kasar, peranti Mate 30 yang dijual di Malaysia adalah sama seperti di China, tanpa perkhidmatan Google. Tetapi masih ada cara untuk memasang GMS di dalam peranti anda. Secara rasminya ia tidak dinyatakan, cuma ia masih belum diawr-warkan.

Adakah anda bersedia untuk menggunakan telefon pintar Android tanpa GMS seperti di China, atau anda akan mahu menggunakan cara pihak ketiga yang tidak diketahui tahap keselamatannya untuk memasang GMS ke dalam peranti Huawei terbaru anda?

Huawei Mate 30 Pro sememangnya sebuah telefon pintar yang sangat menarik, tidak salah untuk dikatakan telefon pintar terbaik di pasaran sekarang. Apatah lagi dengan kameranya yang terhebat, ia dinobatkan di tangga pertama oleh DxOMark. Ketiadaan GMS mungkin terasa ganjil tetapi ia tidak mengurangkan fungsi pintarnya.

Apa pilihan anda? HMS atau GMS?

Tags: GMSHMSHuaweihuawei mate 30huawei mate 30 pro
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Huawei Mobile Services diperkenal di Malaysia membuka pintu Google yang tertutup

Huawei Mobile Services diperkenal di Malaysia membuka pintu Google yang tertutup

3 October 2019
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN