• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy Fold boleh ditempah di Malaysia bermula 9 Oktober

  • OLEH Najib
  • 4:27 pm
  • 04/10/2019
  • Komen
Galaxy Fold boleh ditempah di Malaysia bermula 9 Oktober
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah diberi petunjuk awal minggu ini, hari ini Samsung Malaysia mengumumkan semua maklumat berkenaan penjualan Galaxy Fold di Malaysia. Tempahan awal akan dibuka pada 9 Oktober dan diedarkan bermula 16 Oktober 2019.

Galaxy Fold akan dijual di Malaysia pada harga RM8,388 dengan 2 pilihan warna, Cosmos Black dan Silver Space.



Kepada yang berminat menjadi yang terawal memilikinya,tempahan awal dibuka pada 9 Oktober dan boleh dibuat di Stor Samsung terpilih. Deposit sebanyak RM800 perlu diberi semasa membuat tempahan.

Unit yang ditempah ini, boleh diambil di stor pilihan bermula dari 16 hingga 31 Oktober 2019. Tiada hadiah istimewa untuk tempahan awal, tetapi Samsung menyediakan perkhidmatan VIP untuk semua pembelian Galaxy Fold.



Pembeli Galaxy Fold akan menerima Perkhidmatan Eksklusif Perdana berupa:

  • Pakej perlindungan skrin dalaman selama 1 tahun
  • Talian bantuan 24/7
  • Penghantaran terus ke pintu
  • Kaunter keutamaan ekspress

Boleh semak lebih banyak tentang Samsung Galaxy Fold dalam artikel kami di bawah ini.

Untuk maklumat lanjut berkenaan tempahan awal ini, layari laman web tempahan awal Samsung Galaxy Fold. Maklumat lanjut tentang telefon boleh lipat ini boleh dirujuk di sini.

Sementara tu, kenali dengan lebih mendalam tentang Galaxy Fold dalam artikel kami di bawah ini.

Hands-on Galaxy Fold: Telefon Boleh Lipat Terbaik, Setakat Ini
Tags: samsungsamsung galaxy fold
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy Fold boleh ditempah di Malaysia bermula 9 Oktober

Galaxy Fold boleh ditempah di Malaysia bermula 9 Oktober

4 October 2019
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN