fbpx

Apple Buang Bendera Taiwan Daripada iOS, Tapi Kenapa?

Jika anda beroleh set iPhone anda daripada jenis yang diimport dari Hong Kong dan Macau, ketahuilah yang emoji bendera Taiwan tidak ada dalam senarai emoji yang boleh anda gunakan. Nampak remeh, tapi implikasi geopolitiknya besar.

Hal ini kerana, bendera Taiwan sudahpun digugurkan untuk semua set iPhone dengan model yang dimulakan dengan CN dan ZA, iaitu set China dan Hong Kong.

Isu ini disedari oleh beberapa pengguna di forum dalam talian tempatan selepas mengemas kini telefon mereka kepadaiOS 13.1.1.

Ia berkemungkinan besar ada kaitan dengan pendirian negara China yang menganggap Taiwan, atau nama rasmi mereka Republic of China (ROC) sebagai sebahagian daripada People’s Republic of China (PRC).

Memang benar yang ROC dan PRC adalah satu selama beberapa ribu tahun di bawah pentandbirang Dinasti Qing. Tapi dalam tahun pada pengakhiran 1940-an, berlakunya Revolusi Komunis Orang Cina yang melahirkan PRC, negara yang amalkan komunisme tapi ada ada perkataan republik dalam nama negaranya.

Di pihak ROC pula, mereka meneruskan pentadbiran sedia ada dalam bentuk republik hinggalah ke hari ini.

Tahukah anda yang negara Malaysia tiada hubungan diplomatik rasmi dengan Taiwan?

Sumber: Bussiness Insider

BACA  Edisi Terhad Honor 9X x Stoned & Co akan tampil tidak lama lagi