• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi Note 8 Pro | Note 8: Maklumat Penjualannya Di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 5:48 pm
  • 08/10/2019
  • Komen
Redmi Note 8 Pro | Note 8: Maklumat Penjualannya Di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi memang terkenal dengan telefon pintar berkuasa tinggi pada harga sangat mampu milik. Hari ini, raja kelas pertengahan Xiaomi yang baru, Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro dilancarkan di Malaysia. Ia ditawarkan dengan harga boleh didapati di bawah RM1,000.

Terdapat tiga konfigurasi untuk Redmi Note 8 dan dua bagi Redmi Note 8 Pro. Harga jualannya dan spesifikasinya seperti berikut:



  • Redmi Note 8 (RAM 3GB + Storan 32GB) — RM599
  • Redmi Note 8 (RAM 4GB + Storan 64GB) — RM799
  • Redmi Note 8 (RAM 4GB + Storan 128GB) — RM899

Model dengan storan 32GB dan 128GB akan mula dijual pada 18 Oktober. Manakala storan 64GB, akan mula dijual pada 12 Oktober tetapi dibuka tempahan awal antara 8 hingga 11 Oktober.

Tempahan awal pada waktu ini akan menerima hadiah percuma berupa Mi True Wireless Earbuds Basic bernilai RM99. Kepada yang berminat, tempahan awal ini boleh didapati di Lazada, Shopee dan Mi Store di seluruh negara.



Untuk Redmi Note 8 Pro pula, harganya seperti berikut:

  • Redmi Note 8 Pro (RAM 6GB + Storan 64GB) — RM1,099
  • Redmi Note 8 Pro (RAM 6GB + Storan 128GB) — RM1,199

Telefon ini juga akan mula dijual pada 12 Oktober, tetapi tempahan awalnya dibuka dari 8 hingga 11 Oktober 2019. Terdapat dua promosi untuk Redmi Note 8 Pro. Bagi storan 64GB, tempahan awal akan menerima diskaun RM100, menjadikan harganya hanya RM999. Bagi storan 128GB pula, tempahan awal akan menerima alat kawalan gaming bernilai RM169 percuma.

Harga yang diletakkan pada Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro bersaing ketat dengan Realme 5 dan Realme 5 Pro. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri, jadi yang manakah pilihan akhir anda?

Kenali Redmi Note 8 Pro lebih dekat menerusi video kami di bawah ini.

Tags: Redmi Note 8Redmi Note 8 Proxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Redmi Note 8 Pro | Note 8: Maklumat Penjualannya Di Malaysia

Redmi Note 8 Pro | Note 8: Maklumat Penjualannya Di Malaysia

8 October 2019
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN