fbpx

Realme 5 Pro | 5: Maklumat Penjualannya Di Malaysia

Hari ini, Realme Malaysia melancarkan dua buah telefon bagi memperkukuhkan kehadiran mereka dalam segmen midrange pasaran Malaysia. Dua telefon itu adalah Realme 5 Pro dan Realme 5. Daripada apa yang ditawarkan oleh telefon ini, nampaknya Xiaomi dan pengeluar lain perlu berwaspada jika tak mahu disilang Realme.

Lebih menarik, ini adalah kali pertama Realme menjual telefon dengan RAM 8GB dalam pasaran Malaysia. Realme 5 Pro dengan RAM 8GB serta storan 128GB akan dijual di Malaysia pada tanda harga RM1,099.

Ia lebih murah berbanding harga pengenalan Realme 3 Pro 6GB+128GB RM1,099 yang diumumkan Mei 2019 lalu,

Realme 5 Pro
Realme 5 Pro

Jangan risau, jika ketiga-tiga tawan itu diluar bajet, Realme 5 boleh penuhi kriteria anda. Tawaran ini juga menarik sebab berbanding Realme 3 dulu, kali ini ia hadir dalam storan sehingga 128GB.

Realme 5 hadir dalam dua perasa, 3GB+64GB dan 4GB+128GB. Mereka masing-masing dijual pada RM599 dan RM799.

Untuk waktu jualan, Realme 5 Pro akan mula dijual dahulu pada 10 Oktober 2019 secara eksklusif di Lazada. Penjualan di luar talaian akan dimulakan pada 11 Oktober 2019. Jika anda nak lakukan tempahan awal, ia sudahpun berjalan hingga 10 Oktober ini.

Anda boleh dapatkan Realme 5 pada 17 Oktober 2019 secara dalam talian di Lazada. Tiada kempen tempahan awal untuk model ini dan penjualan di luar talian akau dibertahu kemudian.

Untuk refresh-kan ingatan anda tentang keluarga Realme 5 ini. Ada beberapa tambah baik yang ketara boleh anda temui pada mereka berbanding Realme 3 sebelum ini.

Ia telah ditambah baik pada SoC. Malah, cip MediaTek pada Realme 3 sebelum ini telah digantikan dengan Snapdragon. Lebih bagus, kedua-dua Realme 5 kali ini dilengkapi kuad kamera belakang dengan pelbagai konfigurasi lensa dan sensor.

BACA  Kedai Konsep Pertama Realme Di Malaysia Mulakan Operasi Di The Mines

Untuk malumat lanjut, anda boleh baca artikel dan video kami tentang kedua-dua telefon ini.