• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sirius, TV Satelit baru akan tiba di Malaysia bulan depan

  • OLEH Najib
  • 5:14 pm
  • 09/10/2019
  • Komen
Sirius, TV Satelit baru akan tiba di Malaysia bulan depan
Share on FacebookShare on Twitter

Tempoh lesen eksklusif TV Satelit untuk Astro telah tamat pada Februari 2017. Sejak itu, 4 syarikat telah diberi lesen untuk menyiarkan TV Satelit. Salah satu darinya ialah Smart Digital International Sdn. Bhd.

Tidak lama lagi, Smart Digital International akan memperkenalkan perkhidmatan TV Satelit mereka yang diberi nama Sirius, kepada pengguna di Malaysia. Sirius kini masih di fasa pecubaan dan dijangka akan dilancarkan pada bukan November nanti.



Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Khairuddin Abd. Rahman berkata, pengguna akan menikmati langganan secara percuma selama setahun sekiranya melanggan perkhidmatan Sirius bermula sejak prapelancaran perkhidmatan sehingga Mei 2020. Sirius akan memperkenalkan bayaran bulan serendah RM20 atau tawaran langganan setahun hanya RM200 selepas enam bulan dari prapelancaran. Malah pelanggan juga tidak terikat dengan kontrak langganan perkhidmatan.

Sirius menyasarkan kira-kira 500,000 pelanggan setahun dan akan menawarkan sebanyak 30 rancangan termasuk lima rancangan premium.



Kedatangan Sirius juga akan membuka peluang pekerjaan kepada yang mahir memasang dekoder dan antena. Mereka yang sudah mempunyai pengalaman sebelum ini, secara automatik boleh menjadi pemasang berdaftar Sirius dan tidak perlu menjalani latihan.

Kedatangan Sirius akan memberi pilihan lebih luas kepada pengguna di Malaysia, selain Astro dan Unifi TV. Maklumat lanjut berkenaan Sirius boleh ditemui di laman web www.siriusmalaysia.tv.

Sumber: Utusan

Tags: SiriusTV Satelit
Najib

Najib

POPULAR

Sirius, TV Satelit baru akan tiba di Malaysia bulan depan

Sirius, TV Satelit baru akan tiba di Malaysia bulan depan

9 October 2019
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN