• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony sahkan nama PlayStation 5, akan tiba pada akhir 2020

  • OLEH Najib
  • 3:35 pm
  • 09/10/2019
  • Komen
Sony sahkan nama PlayStation 5, akan tiba pada akhir 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Pada bulan April lepas, Sony berkongsi sedikit petunjuk berkenaan pengganti konsol Playstation 4 mereka. Semasa itu, Sony masih belum menetapkan nama rasminya.

Hari ini, Presiden dan CEO Sony Interactive Entertainment (SIE), Jim Ryan mengesahkan konsol baru Sony akan datang bakal menggunakan nama, PlayStation 5. Ia juga diumumkan akan dijual bermula hujung tahun 2020.



Dalam kenyataannya, Jim Ryan berkongsi dua perkara baru yang akan muncul di Playstation 5. Ia bukannya tentang Playstation 5 itu sendiri, tetapi berkenaan alat kawalannya.

Alat kawalan baru di Playstation 5 akan memperkenalkan dua inovasi baru, Haptic Feedback dan Adaptive Triggers.



Sony DUALSHOCK 4 Wireless Controller

Haptic Feedback ialah getaran pada alat kawalan dengan skala berbeza. Ia akan menggantikan teknologi rumble yang terdapat pada alat kawalan sedia ada. Dengan Haptic Feedback, pengguna dapat merasakan tahap getaran yang berbeza menurut apa yang terpapar di permainan.

Rasa kereta terlanggar dinding adalah berbeza dengan terlanggar pagar. Memukul bola lisut juga berlainan dari menendang bola sepak. Berlari atas padang turut dirasakan tidak sama dengan berjalan atas lumpur. Ini memberikan pengalaman yang lebih realistik kepada pengguna.

Adaptive Triggers pula adalah cara kawalan butang baru, yang akan diterapkan pada butang L2/R2. Tekanan yang berbeza pada butang akan menghasilkan arahan yang berlainan. Contohnya menarik tali anak panah, semakin kuat butang ditekan semakin kuat tali ditarik. Begitu juga apabila menaiki motorsikal dalam permainan, tekanan pada butang memberi pemacuan yang berbeza pada kenderaan.

Butang L1/L2 di DUALSHOCK 4

Dengan ini, ia membuka ruang lebih luas kepada pembangun permainan untuk menjadikan permainan lebih menarik dari realistik. Malah, ia juga bakal menyediakan cara bermain serba baru.

PlayStation 5 akan dilengkapi kuasa pemproses dan prestasi lebih tinggi. Ia diperkasa cip AMD Zen 2 7nm oktateras bersama pemproses grafik yang menyokong Ray-Tracing. Selain itu, PlayStation 5 akan menggunakan storan SSD yang lebih pantas, berhasrat mengurangkan masa menunggu permainan.

Adakah pembaharuan ini cukup untuk anda beralih dari PlayStation 4 kelak?

Sumber: PlayStation, TheVerge

Tags: Sonysony playstation 5
Najib

Najib

POPULAR

Sony sahkan nama PlayStation 5, akan tiba pada akhir 2020

Sony sahkan nama PlayStation 5, akan tiba pada akhir 2020

9 October 2019
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN