• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Anda Boleh Pandu Uji Broadband 1Gbps Daripada TIME Tanpa Diikat Kontrak

  • OLEH Penaja
  • 6:14 pm
  • 10/10/2019
  • Komen
Anda Boleh Pandu Uji Broadband 1Gbps Daripada TIME Tanpa Diikat Kontrak
Share on FacebookShare on Twitter

Artikel ini dibawakan oleh TIME

Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) adalah inisiatif jangka panjang kerajaan Malaysia untuk menambah baik landskap Internet negara. Penambahbaikan yang dirancang adalah seperti menyeimbangkan kos serta mempertingkat mutu Internet di seluruh negara, baik dalam mahupun luar bandar.



Everything you need to know about the National Fiberisation and Connectivity Plan

Contoh sasaran yang sedang direalisasikan adalah seperti:

  1. Menyediakan pakej Internet pada kos 1% daripada GNI negara sebelum 2020.
  2. Menyediakan sambungan Internet berkelajuan purata 30 Mbps untuk 98% kawasan berpenduduk menjelang 2023.
  3. Menyelaputi 70% premis penting seperti sekolah, hospital, perpustakaan, balai polis, dan pejabat pos dengan rangkaian fiber optik.

Sebagai salah satu Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) negara, TIME dotCom Berhad (TIME) tidak ketinggalan untuk menggalas tanggungjawab memacu perlaksanaan NFCP bersama-sama kerajaan.



TIME adalah antara ISP terawal yang menawarkan Internet berkelajuan sehingga 1Gbps buat penggunanya sedangkan pesaing terhampirnya hanya mampu menawarkan sehingga 800Mbps sahaja.

Pengguna TIME mula terima naiktaraf kelajuan sehingga 1Gbps

Ia adalah kelajuan yang masih belum mampu ditandingi ISP lain jika kita mahukan kelajuan sepantas itu untuk kediaman kita. Dengan cakupan servis yang meluas, anda boleh melanggan pelan 1Gbps pada harga RM199 sebulan saja.

Tak terhad dengan servis Internet superpantas, tawaran TIME juga merangkumi spektrum yang lebih rendah. Sekiranya anda perlukan broadband dengan harga yang lebih rendah, anda boleh melanggan pelan 100Mbps pada harga serendah RM99/bulan.

Jadi, tak kiralah apa pun keperluan anda, sama ada Internet laju, ataupun komitmen minimum, TIME ada penyelesaiannya.

Netflix letakkan TIME selaku ISP terbaik untuk menonton kandungannya (sumber)

Tapi, tentu anda tertanya-tanya. Apa yang lebihnya TIME berbanding ISP yang lain? Mereka juga tawarkan Internet dengan kelajuan hampir serupa pada kos yang hampir serupa.

Ada dua kelebihan yang TIME ada yang mungkin tiada pada ISP yang lain. Paling utama adalah liputan rangkaian fiber daripada hujung-ke-hujung. Ia memastikan kualiti perkhidmatan yang konsisten.  Dengan menggunakan fiber optik sepenuhnya, TIME mampu menaik taraf kelajuan perkhidmatan mereka tanpa sebarang masalah.

ISP lain menghadapi halangan kerana rangkaian mereka terdiri daripada campuran kabel tembaga dan fiber optik. Percampuran ini menyebabkan kualiti Internet yang tak tekal merentasi pengguna kerana data yang diangkut melalui kabel tembaga terdedah kepada interferens dan degradasi.

Kelebihan yang kedua adalah, TIME membenarkan anda “memandu uji” rangkaian mereka tanpa kontrak. Kebiasaannya, anda akan diikat dengan kontrak selama 24 bulan dan ia sangat renyah, jika anda tak berpuas hati dengan ISP anda. Hendak menamatkan kontrak sebelum tiba waktu? Bayaran penalti sudah tentu menanti anda.

Tawaran ini sangat berguna sekiranya anda seorang ekspatriat yang tinggal sementara di Malaysia. Golongan pelajar juga pasti beroleh manfaat daripadanya. Contohnya anda tinggal di rumah sewa beramai-ramai dan ingin berkongsi kos Internet sepanjang sesi pembelajaran.

Sekiranya anda berminat untuk mencuba TIME Fibre Home Broadband, anda boleh lakukan pendaftaran secara dalam talian dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM400 untuk pelan 100Mbps dan 500Mbps manakala RM500 untuk pelan 1Gbps.

Sekiranya anda berpuas hati dengan servis yang digunakan, anda boleh tukar langganan kepada kontrak 24 bulan dan bayaran pendahuluan anda akan dipulangkan dalam bentuk rebat sebanyak RM50 setiap bulan.Apa anda tunggu lagi? Lekas cuba TIME Fibre Home Broadband untuk merasai pengalaman Internet di rangkaian jalur lebar terpantas di Malaysia.

Tags: BroadbandinternetpenajatelcotimeTIME Fibre Broadband
Penaja

Penaja

POPULAR

Anda Boleh Pandu Uji Broadband 1Gbps Daripada TIME Tanpa Diikat Kontrak

Anda Boleh Pandu Uji Broadband 1Gbps Daripada TIME Tanpa Diikat Kontrak

10 October 2019
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN