• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus 7T Pro terima tambahan bateri, tukar pengecas dan tingkatnaik prestasi

  • OLEH Najib
  • 12:48 pm
  • 11/10/2019
  • Komen
OnePlus 7T Pro terima tambahan bateri, tukar pengecas dan tingkatnaik prestasi
Share on FacebookShare on Twitter

Awal tahun ini OnePlus melancarkan OnePlus 7 dan OnePlus 7 Pro. Bulan lepas, mereka telah memperkenalkan versi naiktaraf OnePlus 7T. Kini, mereka memperlihatkan pula versi naiktaraf untuk OnePlus 7T Pro.

Sama seperti OnePlus 7T sebelum ini, versi Pro juga diberikan pemproses yang lebih berkuasa, Snapdragn 855+. Kapasiti bateri ditingkatkan dari 4,000mAh kepada 4,085mAh. Lain-lain perkara dilihat tiada perubahan, dengan satu lagi perkara baru ialah pilihan warna baru, Haze Blue.



OnePlus 7T memiliki skrin AMOLED berukuran 6.67-inci dengan resolusi QuadHD+. Ia menyokong kadar segar semula 90Hz serta HDR10+. Pengimbas capjari dalam skrin digunakan dan ia turut menyokong pengecaman wajah untuk membuka kunci skrin.

Terdapat tiga kamera belakang di OnePlus 7T Pro. Kamera utamanya 48MP F1.6 yang menggunakan sensor Sony IMX586, kamera kedua ialah kamera telefoto 8MP F2.4 dan ketiga ialah kamera ultra lebar 16MP F2.2. Kamera belakang ini boleh merakam video 4K sehingga 60fps dan rakaman gerak super perlahan 960fps 720p.



Untuk kamera hadapan, ia terletak di dalam modul pop up boleh sembunyi. Ia menggunakan sensor 16MP F2.0.

Sistem bunyi stereo dengan teknologi Dolby Atmos dipasang pada OnePlus 7T Pro. Selain itu, telefon ini menyokong pengecasan pantas 30W, tetapi kini dengan blok pengecas Warp Charge 30T yang baru. Ia dikatakan boleh mengecas 23% lebih pantas dari sebelumnya. Mengecas 30 minit boleh mencapai 68%.

OnePlus 7T Pro akan dijual di United Kingdom dengan RAM 8GB dan storan UFS3.0 256GB pada harga GBP699 (~RM3,639). Masih tiada khabar ia akan datang ke Malaysia tetapi mungkin tidak lama lagi. Ini kerana pengedar OnePlus di Malaysia, Xian Feng Technology telah memuat naik petunjuk akan kedatangan siri OnePlus 7T sejak beberapa minggu lepas.

OnePlus 7T Terima Kemas Kini SoC Dan Kemasan Kamera Belakang Menarik
Pelancaran Siri OnePlus 7 di Malaysia akan berlangsung pada 21 Mei
Tags: OnePlusOnePlus 7T Pro
Najib

Najib

POPULAR

OnePlus 7T Pro terima tambahan bateri, tukar pengecas dan tingkatnaik prestasi

OnePlus 7T Pro terima tambahan bateri, tukar pengecas dan tingkatnaik prestasi

11 October 2019
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN