fbpx

Kedai Konsep Pertama Realme Di Malaysia Mulakan Operasi Di The Mines

Sebagai salah satu pasaran utama Realme, sudah tentu jenama yang terkenal dengan penawaran telefon kelas pertengahan pada harga patut mahu terus memasak kehadiran mereka di Malaysia. Selepas lebih 4,000 outlet Realme di serata Malaysia, mereka kini membuka kedai konsep pertama di The Mines.

Kedai konsep Realme menempatkan lebih banyak produk-produk berkaitan jenama itu bersama-sama dengan pelbagai aksesori lain yang menarik. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba dua flagship terbaru mereka di Malaysia iaitu Realme 5 dan Realme 5 Pro.

Realme 5 dijual pada harga bermula RM599. Ia diperkasa Snapdragon 665 dan miliki kuadkamera belakang serta bateri superbesar 5,000mAH.

Realme 5 Pro pula ada spesifikasi yang lebih gagah. Ia menggunakan SoC Snapdragon 712 dengan bateri 4,000mAh dengan VOOC 3.0.

BACA  Realme XT mencabar Mi 9T dengan kamera 64MP dan pengecas VOOC 3.0