Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Perbandingan Kamera: Mate 30 Pro, iPhone 11, iPhone 11 Pro Max, & Galaxy Note 10+

Perbandingan Gambar

Artikel lebih baik dibaca melalui pelayar desktop

Menjelang penghujung tahun 2019, kita sudahpun melihat kebanyakkan pengeluar telefon utama global telah melancarkan flagship masing-masing. Yang mencuri tumpuan adalah dua ahli keluarga Apple iPhone 11, Huawei Mate 30 Pro, dan Samsung Galaxy Note 10+.

Sungguhpun masing-masing mendabik dada katakan yang mereka dilengkapi komponen optikal yang mantap, cakap kosong sudah tentu tak berguna jika tak disertakan dengan bukti.

Oleh sebab itu, kami ambil keempat-empat telefon tadi keluar ke ibu kota untuk mengambil sampel gambar sebelum membandingkan hasil yang mampu dibuahkan mereka.

Ada beberapa perkara yang kami ingin uji, antaranya adalah:

  • Normal: Gambar diambil dalam pencahayaan yang cukup untuk bandingkan ketajaman, kontras, dan penghasilan warnanya.
  • Zum: Kami lihat ketajaman hasil zum gambar beserta sejauh mana ia boleh kekalkan exposure merentasi focal length.
  • Selfie: Keupayaan kamera depan teruji, satu tanpa fungsi potret terpasang dan satu lagi dengan fungsi potret. Selain warna kulit, bagaimana kamera memisahkan subjek daripada latar turut dinilai.
  • Potret: Sama seperti selfie, kami menilai bagaimana bokeh disimulasikan oleh telefon. Kemudian, ada juga kamera yang ada kamera telefoto yang lebih sesuai untuk genre potret berbanding kamera ultrawide.
  • Lowlight: Ini adalah kali pertama iPhone 11 ada nightmode tentu menarik untuk bandingkannya dengan raja lowlight daripada Huawei.

Tapi sebelum pergi lihat hasil gambar, mari kita terlebih dahulu amati spesifikasi kamera keempat-empat telefon yang menyertai perbandingan ini.

iPhone 11 mungkin antara flagship terakhir yang setia dengan dwikamera belakang sedang yang lain-lain sudah ada sehingga empat buah kamera belakang. Ia diberikan kamera sekunder ultralebar dengan jarak zum 0.5x berbanding kamera utama 26mm F2.4.

Keempat-empat kamera iPhone 11 Pro Max menggunakan sensor beresolusi 12MP. Beza antara mereka adalah pada jarak fokal. Ia ada satu kamera lebih banyak daripada iPhone 11 dengan keupayaan telefoto 2x.

Mate 30 Pro kali ini hadir dengan kamera ultralebar paling tinggi megapiksel dalam pasaran setakat ini. Ia ada kamera 40MP, sama seperti sensor kamera utamanya. Kelebihan zoom optikal yang lebih jauh ada pada Mate 30 Pro dengan zum3x. Kamera Mate 30 Pro adalah yang ada bilangan piksel tertinggi dalam kalangan empat peserta.

BACA  Samsung Galaxy Buds+ kini ada warna merah

Galaxy Note 10+, sama seperti Mate 30 Pro milki konfigurasi kuadkamera belakang yang masing-masing ada satu kamera 3D ToF untuk bokeh. Kamera ultrabar Note 10+ sedikit lebih luas dengan jarak fokal 12mm.

Normal

Kesemua telefon miliki jarak fokal yang hampir sama, bezanya cuma 1mm. Jadi, secara teorinya mereka miliki medan pandangan berkeluasan hampir serupa.

Daripada segi white balance, Galaxy Note 10+ ada profil warna lebih sejuk manakala Mate 30 Pro lebih hangat. Diantara kedua-dua telefon itu ada iPhone 11. Saya lebih gemarkan white balance pada iPhone 11 kerana lebih menyerupai keadaan sebenar, namun untuk utusan di media sosial, tentunya gambar lebih suam lebih digemari.

Di-crop pada 1080px

Kemudia, saya mengzum satu bahagian pada gambar untuk lihat ketajaman. Walaupun Mate 30 Pro ada sensor 40MP yang besar, ketajaman kedua-dua iPhone dilihat lebih baik manakala untuk Galaxy Note 10+, hasilnya lebih lembut berbanding semuanya.

Zum

Ultralebar

Dalam kategori ultralebar, Note 10+ ada lensa paling lebar antara pesaing, diikuti dengan iPhone dan kemudian Mate 30 Pro. Sebab itu dalam sampel gambar kamera ultralebar, anda boleh lihat bumbung banggunan ada masuk kedalam bingkai kamera.

Note 10+ miliki dynamic range yang lebih baik tapi langitnya agak fake jika dibandingkan dengan hasil daripada iPhone 11. Untuk Mate 30 Pro, langitnya hilang terus tapi kepekatan warna dalam bingkai Mate 30 Pro lebih menarik.

1x

Julat dinamik yang luas juga ditonjolkan oleh Note 10+ sehinggakan hampir-hampir nampak kesan ghosting pada pinggur banggunan yang paling hampir dengan telefon. iPhone pula lebih konservatif dengan warna apabila mengekalkan persekitaran suram gambar.

Kontras gambar Mate 30 Pro lebih tinggi. Ia boleh dilihat pada banggunan PNB 118 yang tak terkesan dengan jerebu.

2x

iPhone 11 tidak dilengkapi lensa zum, jadi ia tidak bertanding dalam kategori ini. Mate 30 Pro pula ada zum optikal 3x dan hibrid 5x manakala iPhone 11 Pro dan Note 10+ masing-masing ada keupayaan mengezum 2x.

Untuk keupayaan mengezum, setakat ini Huawei mengimplementasikannya dengan amat baik. Tapi ia tidak bermakna hasil dua kamera lain tak boleh digunakan langsung.

BACA  PROMO: Sehingga RM1,300 diskaun untuk keluarga Huawei Mate 30 hanya di 8.8

Maksimum

Untuk zum maksimum Mate 30 Pro adalah yang paling jauh. Ia boleh pergi sehingga 30x zum digital diikuti dengan iPhone 11 Pro Max dan Note 10+ dengan 10x manakala iPhone 11 hanya benarkan 5x sahaja.

Untuk kegunaan terdesak, Mate 30 Pro adalah yang paling sesuai untuk mengezum dengan capaian yang agak jauh.

Selfie

Selfie + Potret OFF

Tak perlu cerita banyak, untuk selfie memang sejak azali iPhone-lah yang paling bagus. Bagus sebab tona warna kulitnya sangat tepat dengan dunia sebenar. Lihat sajalah muka saya yang pucat pada hasil Mate 30 Pro dan over-processing pada Galaxy Note 10+ walaupun fungsi beautify telahpun dimatikan.

Selfie + Potret ON

Selfie dengan fungsi potret adalah sesuatu yang menarik untuk digunakan, lebih-lebih lagi yang fotogenik. Malangnya, sungguhpun mode potret kamera depan diaktifkan, Mate 30 Pro memuntahkan hasil macam tiada sebarang bokeh dilapiskan pada gambar.

Note 10+ menggelapkan sedikit bahagian latar untuk serlahkan wajah subjek manakala iPhone hanya mesimulasikan bokeh tanpa melakukan apa-apa post-processing yang keterlaluan.

Potret

iPhone ada jarak fokal 1mm lebih pendek daripada Mate 30 Pro dan Note 10+. Jadi medan pandangannya sedikit sempit tapi tak terlalu ketara. Mate 30 Pro tampil dengan profil warna suam manakala Note 10+ kekal dengan profil sejuk.

Saya gemarkan kesan bokeh berkrim Mate 30 Pro berbanding iPhone yang “suam-suam kuku”

Potret Zoom

iPhone 11 tiada kamera telefoto sedangkan baki tiga telefon yang lain ada. Jadi untuk kategori ini, saya arahkan subjek untuk jadikan framing lebih konsisten.

Lensa zum optikal 3x Huawei nyata serlahkan keupayaan gambar bergenre potret kerana subjek tak nampak sebulat iPhone yang gunakan kamera 1x-nya untuk potret. Cuba lihat pada bahagian dahi dan hidung subjek yang membulat.

BACA  Samsung Galaxy Watch 3 kembali dengan bingkai berputar

iPhone 11 Pro dan Note 10+ masing-masing ada kamera telefoto 2x untuk gambar potret yang lebih baik berbanding menggunakan kamera 1x.

Lowlight

Huawei memang sangat cemerlang dalam kategori lowlight sejak sekian lama. Tapi dominasinya mungkin terhenti di sini kerana pesaingnya kini sama hebat lebih-lebih lagi iPhone yang hadir dengan mode malam buat pertama kalinya.

Bukan saja berjaya hasilkan gambar yang cerah, iPhone juga cemerlang dalam penghasilkan warna, begitu juga dengan Galaxy Note 10+. Saya sedikit kecewa dengan penghasilan warna yang pudar pada Mate 30 Pro.

Nightmode ON

Nightmode OFF

Berikut adalah keadaan gambar tanpa mode malam. Walaupun dalam keadaan yang sama gelap, kesemua kamera menghasilkan gambar yang nyata berbeza. iPhone gagal melihat dalam keadaan gelap manakala Mate 30 Pro masih berupaya, cuma pad abahgian warna sedikit gagal.

Peliknya, Note 10+ berjaya mengatasi pesaing-pesaingnya dalam kategori ini.

Kesimpulan

Empat telefon telah kami bandingkan. Dua flagship Apple dengan dua flagship Android, masing-masing satu daripada Samsung dan satu daripada Huawei. Kita juga lihat spesifikasi kamera kesemua pesaing dalam ujian kali ini. Semua ada empat kamera belakang kecuali iPhone 11 yang kekal dengan dwikamera belakang.

Dalam semua kategori gambar, sangat mengagumkan kemajuan yang ditonjolkan Apple pada bahagian kamera berbanding pesaingnya, terutamanya pada kamera belakang. Saya boleh katakan yang Huawei bukan lagi raja lowlight kerana iPhone dan Note 10+ nampaknya lebih baik.

Namun, Huawei masih boleh simpan takhta untuk kemampuan mengezum kerana ia miliki zum optikal 3x dan 5x zum hibrid.

Untuk simulasi bokeh, semuanya catatkan prestasi cemerlang. Apa pendapat anda dengan kesimpulan saya ini? Kongsikan pendapat anda dalam ruangan komen.

Contents