fbpx

Perbandingan Kamera: Mate 30 Pro, iPhone 11, iPhone 11 Pro Max, & Galaxy Note 10+

Intro

Artikel lebih baik dibaca melalui pelayar desktop

Menjelang penghujung tahun 2019, kita sudahpun melihat kebanyakkan pengeluar telefon utama global telah melancarkan flagship masing-masing. Yang mencuri tumpuan adalah dua ahli keluarga Apple iPhone 11, Huawei Mate 30 Pro, dan Samsung Galaxy Note 10+.

Sungguhpun masing-masing mendabik dada katakan yang mereka dilengkapi komponen optikal yang mantap, cakap kosong sudah tentu tak berguna jika tak disertakan dengan bukti.

Oleh sebab itu, kami ambil keempat-empat telefon tadi keluar ke ibu kota untuk mengambil sampel gambar sebelum membandingkan hasil yang mampu dibuahkan mereka.

Ada beberapa perkara yang kami ingin uji, antaranya adalah:

  • Normal: Gambar diambil dalam pencahayaan yang cukup untuk bandingkan ketajaman, kontras, dan penghasilan warnanya.
  • Zum: Kami lihat ketajaman hasil zum gambar beserta sejauh mana ia boleh kekalkan exposure merentasi focal length.
  • Selfie: Keupayaan kamera depan teruji, satu tanpa fungsi potret terpasang dan satu lagi dengan fungsi potret. Selain warna kulit, bagaimana kamera memisahkan subjek daripada latar turut dinilai.
  • Potret: Sama seperti selfie, kami menilai bagaimana bokeh disimulasikan oleh telefon. Kemudian, ada juga kamera yang ada kamera telefoto yang lebih sesuai untuk genre potret berbanding kamera ultrawide.
  • Lowlight: Ini adalah kali pertama iPhone 11 ada nightmode tentu menarik untuk bandingkannya dengan raja lowlight daripada Huawei.

Tapi sebelum pergi lihat hasil gambar, mari kita terlebih dahulu amati spesifikasi kamera keempat-empat telefon yang menyertai perbandingan ini.

iPhone 11 mungkin antara flagship terakhir yang setia dengan dwikamera belakang sedang yang lain-lain sudah ada sehingga empat buah kamera belakang. Ia diberikan kamera sekunder ultralebar dengan jarak zum 0.5x berbanding kamera utama 26mm F2.4.

BACA  Cermin mata pintar Huawei X Gentle Monster akan tiba di Malaysia minggu depan

Keempat-empat kamera iPhone 11 Pro Max menggunakan sensor beresolusi 12MP. Beza antara mereka adalah pada jarak fokal. Ia ada satu kamera lebih banyak daripada iPhone 11 dengan keupayaan telefoto 2x.

Mate 30 Pro kali ini hadir dengan kamera ultralebar paling tinggi megapiksel dalam pasaran setakat ini. Ia ada kamera 40MP, sama seperti sensor kamera utamanya. Kelebihan zoom optikal yang lebih jauh ada pada Mate 30 Pro dengan zum3x. Kamera Mate 30 Pro adalah yang ada bilangan piksel tertinggi dalam kalangan empat peserta.

Galaxy Note 10+, sama seperti Mate 30 Pro milki konfigurasi kuadkamera belakang yang masing-masing ada satu kamera 3D ToF untuk bokeh. Kamera ultrabar Note 10+ sedikit lebih luas dengan jarak fokal 12mm.

Contents