• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme X2 Pro telefon flagship yang boleh membunuh OnePlus 7T

  • OLEH Najib
  • 6:46 pm
  • 16/10/2019
  • Komen
Realme X2 Pro telefon flagship yang boleh membunuh OnePlus 7T
Share on FacebookShare on Twitter

Realme selama ini menghasilkan telefon pintar mampu milik dengan harga sangat berbaloi dengan spesifikasi. Tetapi terhad sehingga telefon kelas pertengahan sahaja. Buat pertama kalinya, Realme memperkenalkan telefon pintar kelas flagship yang bukan sahaja berprestasi tinggi, malah lengkap dengan ciri-ciri premium.

Telefon pintar tersebut ialah Realme X2 Pro. Ia adalah model pertama Realme yang dibekalkan pemproses Qualcomm kelas flagship, Snapdragon 855+ yang dipadankan dengan sistem penyejukan cecair. Ia boleh didapati dengan pilihan RAM sehingga 12GB serta storan dalaman sehingga 256GB dari jenis UFS3.0.



Skrin Realme X2 Pro sebesar 6.5-inci dari jenis Super AMOLED, dengan takuk kecil yang memuatkan kamera hadapan 16MP. Skrin ini turut memiliki kadar refresh rate sehingga 90Hz dengan kadar kontras 2,000,000:1 serta kecerahan setinggi 1,000 nits.

Paparan ini dilapisi kaca Corning Gorilla Glass 5 serta pengimbas capjari di dalam skrin. Ia menjadi lebih menarik apabila diapit oleh pembesar suara stereo di atas dan bawah telefon dengan teknologi Dolby Atmos. Jek audio 3.5mm juga masih terdapat padanya.



Untuk kamera, Realme X2 Pro menggunakan empat kamera belakang. Kamera utamanya 64MP F1.8 dari sensor Samsung GW1, bersama kamera telefoto 13MP F2.5 yang berupaya mengezum hibrid 20x, kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan kamera pengesan kedalaman 2MP.

Bateri di dalamnya agak besar, berkapasiti 4,000mAh tetapi lebih menakjubkan, ia menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 50W melalui sambungan USB-C. Ia boleh mengecas penuh telefon dalam masa 35 minit sahaja.

Di Eropah, Realme X2 Pro akan mula dijual pada bulan November dengan harga seperti berikut:

  • Realme X2 Pro (RAM 6GB + storan 64GB) – EUR399 (~RM1,845)
  • Realme X2 Pro (RAM 8GB + storan 128GB) – EUR449 (~RM2,076)
  • Realme X2 Pro (RAM 12GB + storan 256GB) – EUR499 (~RM2,308)

Ambil maklum, untuk storan 64GB ia menggunakan storan UFS2.1 bukannya UFS 3.0. Memandangkan telefon ini telah dilancarkan di China dan Eropah dan akan dijual di India, ia mungkin juga akan dilancarkan di negara-negara lain termasuk Malaysia tak lama lagi.

Tags: RealmeRealme X2 pro
Najib

Najib

POPULAR

Apakah perlindungan ampuh untuk data peribadi anda? Sebuah NAS Synology

Apakah perlindungan ampuh untuk data peribadi anda? Sebuah NAS Synology

19 Mei 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022
Tonton Astro percuma 30-hari? Memang betul, percuma 60-hari pun boleh

Tonton Astro percuma 30-hari? Memang betul, percuma 60-hari pun boleh

28 April 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Yes Infinite pelan 5G tanpa had, tiada FUP atau sekat kelajuan dan beri telefon percuma dengan kontrak 36 bulan

Yes Infinite pelan 5G tanpa had, tiada FUP atau sekat kelajuan dan beri telefon percuma dengan kontrak 36 bulan

27 Mei 2022
Penyakit monkeypox, adakah kita di Malaysia perlu risau?

Penyakit monkeypox, adakah kita di Malaysia perlu risau?

24 Mei 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER