• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Celcom Business Suite transformasi perniagaan dengan teknologi digital

  • OLEH Najib
  • 8:34 pm
  • 17/10/2019
  • Komen
Celcom Business Suite transformasi perniagaan dengan teknologi digital
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda pemilik perniagaan, maka anda harus kaji dan teliti produk yang baru Celcom lancarkan hari ini. Celcom Business Suite menggabungkan sistem operasi dan komunikasi digital yang dapat membantu perniagaan berkembang menggunakan teknologi terkini.

Peniaga boleh menonjolkan diri dalam pasaran dengan tawaran hujung-ke-hujung dari Celcom Business Suite. Dengan satu pakej semua-dalam-satu, pengguna akan menerima sambungan internet mudah alih dengan kuota data yang besar serta internet jalur lebar dengan WiFi. Ia digandingkan dengan penyelesaian untuk operasi pemasaran dan jualan tanpa perlu bergantung kepada penyedia yang berbeza.



Pakej Celcom Business Suite untuk perniagaan menyediakan penyelesaian berikut:

Celcom Business AllShare – Internet mudah alih 4G untuk pemilik perniagaan serta pekerja dengan kawalan pembahagian kuota sesama ahli. Ditawarkan dalam tiga pakej, Gold dengan 180GB kuota bersama 5 talian, Gold Plus dengan 850GB kuota dan 25 talian serta Platinum dengan 1.7TB kuota serta 50 talian.



Celcom Business Wireless – Internet WiFi yang mudah dipasang. Menyediakan kuota sebanyak 150GB untuk sambungan WiFi sehingga 64 peranti.

Celcom SafePay mPOS – Sistem pembayaran kad secara elektronik yang sangat mudah digunakan di mana jua. Hanya memerlukan telefon pintar atau tablet.

OMNI Communication – Portal web yang menghubungkan peniaga kepada pelanggan menerusi pelbagai cara perhubungan seperti SMS, emel, notifikasi serta aplikasi sembang.

VirtuExt – Menggabungkan satu talian pejabat kepada pelbagai nombor mudah alih. Membolehkan pekerja untuk dihubungi oleh pelanggan bila-bila masa, walaupun di luar pejabat.

Pemilik perniagaan boleh memilih mana-mana pelan yang sesuai mengikut keperluan syarikat mereka. Pakej yang menggabungkan pelbagai pelan ini membolehkan syarikat beroleh penjimatan sehingga RM5,160 selama 24 bulan.

Selain perkhidmatan di atas, syarikat juga boleh menambah perkhidmatan lain jika memerlukan. Celcom Business Suite turut menyediakan perkhidmatan langganan Microsoft Office365, Pengiklanan Berdasarkan Lokasi (LBA) serta storan awan Cloud Secure.

Celcom akan memperkenalkan lebih banyak perkhidmatan untuk keperluan perniagaan di masa depan. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Celcom Business Suite for Retail .

Tags: celcomCelcom Business Suite
Najib

Najib

POPULAR

Celcom Business Suite transformasi perniagaan dengan teknologi digital

Celcom Business Suite transformasi perniagaan dengan teknologi digital

17 October 2019
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER