• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy Watch Active 2 RM300 Lebih Mahal Daripada Generasi Sebelumnya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:58 pm
  • 17/10/2019
  • Komen
Galaxy Watch Active 2 RM300 Lebih Mahal Daripada Generasi Sebelumnya
Share on FacebookShare on Twitter

Saya menggemari jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch Active kerana harga patutnya. Sewaktu dilancarkan, ia dijual pada harga RM799 lantas jadikannya gajet termurah yang menyokong Samsung Pay disamping dilengkapi ciri-ciri kecergasan asas yang lain.

Tapi, jika anda tak berkesempatan untuk mencuba Watch Active asal, anda perlu ketahui yang Watch Active 2 miliki fizikaliti yang serupa tapi dijual pada harga bermula RM1,099. Selain ditawarkan dalam dua saiz, beza paling ketara antara generasi ini cumalah pada kehadiran bezel peka sentuhan yang boleh digunakan untuk navigasi menu pada jam.



Jam tangan pintar terbaru Samsung ini dijual pada harga seperti berikut:

  • Galaxy Watch Active 2 (44mm) Aluminium – RM1,099
  • Galaxy Watch Active 2 (40mm) Under Armor Aluminium – RM1,099
  • Galaxy Watch Active 2 (44mm) Under Armor Aluminium – RM1,199
  • Galaxy Watch Active 2 (40mm) Stainless Steel – RM1,299
  • Galaxy Watch Active 2 (44mm) Stainless Steel – RM1,399

Untuk spesifikasi teknikal, Galaxy Watch Active 2 tampilkan panel paparan Super AMOLED sebesar 1.2″ (42mm) atau 1.4″ (44mm). Ia kalis air dan debu pada piawian IP68 dan 5ATM jika anda ingin bawanya berenang. Walaupun nampak comel, ia tahan lasak dan terima piawian MIL-STD-810G.



Bahagian pengimbas nadi ditambah baik yang kini menyokong fungsi ECG. Namun, untuk menggunakannya ia perlukan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan. Disebabkan laman Samsung Malaysia tidak mengiklankan fungsi ini, besar kemungkinan kelulusan masih dalam proses.

Atas papan utama, ia ada SoC berkelajuan 1.15Ghz dengan RAM seluas 0.75GB. Ada storan dalaman sebesar padanya tapi yang tinggal cuma 1.4GB selepas sistem operasi terpasang.

Sensor yang mengutip data persekitaran adalah seperti akselerometer, barometer, giroskop, pengimbas nadi, satelit lokasi, dan sensor cahaya. Ia ada bateri berkapasiti 340mAh dengan ketahanan sehingga 60 jam lamanya sebelum perlu dicas semula.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: samsungsamsung gaalxy watch activesamsung galaxysamsung galaxy watchsamsung galaxy watch active 2
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Galaxy Watch Active 2 RM300 Lebih Mahal Daripada Generasi Sebelumnya

Galaxy Watch Active 2 RM300 Lebih Mahal Daripada Generasi Sebelumnya

17 October 2019
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN