fbpx

Vivo NEX 3: Maklumat Penjualannya Di Malaysia

Jika anda dambakan telefon dengan paparan melengkung dan komponen kamera belakang bulat macam Mate 30 Pro tapi terhalang dek ketiadaan servis Google, anda mungkin boleh dapatkan sesuatu yang hampir serupa di Vivo. NEX 3 adalah telefon 5G pertama yang boleh anda beli di Malaysia.

Anda boleh dapatkan seunit Vivo NEX 3 di Malaysia pada harga RM3,899. Hanya ada satu varian NEX 3 ditawarkan iaitu yang ada RAM 8GB dan storan 256GB.

Kepada yang mahu membelinya, Vivo membuka tempahan awal NEX 3 sehingga 18 Oktober 2019. Tempahan awal akan menerima hadiah percuma berupa:

  • Beg Kelengkapan Peribadi Perniagaan
  • Berus Gigi Elektrik
  • Pencukur Elektrik
  • Perlindugan skrin setahun dan Jaminan Lanjutan

Siri NEX sentiasa menolak sempadan kedepan dan untuk iterasi ketiga, mereka hadir denga Waterfall FullView Display yang memberikan nisbah paparan ke badan setinggi 99.6% pada panel seluas 6.89″ miliknya.

Lagi bahagian paparan, nampaknya ia lagi menarik daripada Mate 30 Pro sebab tidak datang dengan notch yang luas sebaliknya kamera selfienya tersembunyi dalam mekanisme pop-up.

Swafoto boleh diambil dengan kamera 16MP. Di bahagian belakang, ia ada trikamera dengan sensor utamanya diperkasa sensor 64MP. Kemudian ia ada satu kamera ultralebsar dan satu kamera telefoto masing-masing ada sensor 13MP.

Atas papan utama, NEX 3 ada SoC Snapdragon 855+ dengan RAM sebesar 8GB serta storan 256GB. Tiada slot untuk masukkan kad mikro-SD.

Menguasakan segala kelengkapan elektronik telefon ini adalah bateri sebsar 4,500mAh yang dicas pantas melalui blok 22.5W yang disertakan dalam kotak.

BACA  Honor 9X Dikhabarkan Akan Tiba Tak Lama Lagi