• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple Watch Series 5 dengan Selular akan ditawarkan di Malaysia bulan depan

  • OLEH Najib
  • 4:17 pm
  • 18/10/2019
  • Komen
Apple Watch Series 5 dengan Selular akan ditawarkan di Malaysia bulan depan
Share on FacebookShare on Twitter

Buat pertama kalinya, Apple akan menjual jam pintar mereka, Apple Watch Series 5 dengan fungsi selular. Sebelum ini, semua Apple Watch yang dijual secara rasmi di Malaysia tidak memiliki fungsi selular, hanya sambungan ke WiFi sahaja.

Jam pintar Apple Watch Series 5 akan mula dijual di Malaysia bermula 1 November 2019. Tetapi orang ramai boleh mula membuat tempahan awal, salah satunya di Digi. Tempahan awal di Digi boleh dibuat bermula dari 25 November 2019 dan terbuka kepada pengguna pascabayar dan prabayar Digi.



Digi buat pertama kalinya akan menawarkan satu nombor kepada dua talian, untuk membolehkan Apple Watch Series 5 Cellular menggunakan nombor yang sama dengan telefon pintar pengguna. Mereka yang berminat membuat tempahan awal di Digi, boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web Digi.

Apple Watch Series 5 yang akan dijual kelak tidak datang dalam satu rupa, sebaliknya pengguna mempunyai banyak pilihan untuk memilih jenis kepala jam dan talinya. Terdapat dua saiz kepala jam iaitu 40mm dan 44mm, serta dua jenis bahan buatan, antara aluminium dan keluli tahan karat.



Pilihan yang paling mencabar adalah jenis talinya. Ini kerana terdapat empat jenis bahan iaitu band sport, loop sport, kulit dan keluli tahan karat, dalam beberapa corak dan pelbagai warna. Pendek kata, terdapat lebih 20 variasi Apple Watch Series 5 yang boleh dipilih, dengan fungsi WiFi sahaja atau bersama selular. Apple juga bekerjasama dengan Nike untuk menghasilkan tali edisi khas Nike.

Di bawah ini kami senaraikan harga beberapa jenis Apple Watch Series 5 yang akan dijual di Malaysia. Senarai penuh harga boleh dirujuk di laman web Apple Malaysia.

Apple Watch Series 5 WiFi
Space Gray Aluminium Case 40mm
Yellow Sport Band
= RM1,749

Apple Watch Series 5 WiFi + Cellular
Space Gray Aluminium Case 40mm
Yellow Sport Band
= RM2,199

Apple Watch Series 5 WiFi
Space Gray Aluminium Case 44mm
Yellow Sport Band
= RM1,899

Apple Watch Series 5 WiFi + Cellular
Space Gray Aluminium Case 44mm
Yellow Sport Band
= RM2,349

Apple Watch Series 5 WiFi
Gold Aluminium Case 40mm
Black Milanese Loop
= RM1,999

Apple Watch Series 5 WiFi + Cellular
Space Gray Aluminium Case 40mm
Yellow Sport Band
= RM2,449

Apple Watch Series 5 WiFi
Space Gray Aluminium Case 44mm
Yellow Sport Band
= RM2,149

Apple Watch Series 5 WiFi + Cellular
Space Gray Aluminium Case 44mm
Yellow Sport Band
= RM2,599

Tags: appleapple watchapple watch series 5
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Apple Watch Series 5 dengan Selular akan ditawarkan di Malaysia bulan depan

Apple Watch Series 5 dengan Selular akan ditawarkan di Malaysia bulan depan

18 October 2019
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN