fbpx

RM5 untuk ditebus dalam 24 jam tanda terima kasih Maybank kepada 1 juta MAElaysia

Maybank telah memperkenalkan MAE sebagai dompet elektronik atau eWallet dan kini, ia telah memiliki sejuta pengguna. Untuk meraikannya, Maybank kini menawarkan RM5 tunai kembali tetapi dalam masa terhad, untuk ditebus dalam 24 jam dari pukul 10 pagi 18 Oktober sehigga 9.59 pagi 19 Oktober 2019.

ntuk mendapatkan RM5 ini, pengguna perlu membuat transaksi minima RM10 menggunakan QRPay di aplikasi Maybank, di kedai yang terlibat. Ia akan dimasukkan terus ke dalam akaun Maybank pengguna dan setiap pengguna hanya boleh menebusnya sekali sahaja.

Menurut terma dan syarat kempen ini, Maybank telah memperuntukkan sebanyak RM1,500,00 untuk diberikan, bermakna hanya 300,000 pengguna yang terawal dapat menebusnya. Rujuk terma dan syarat tentang kempen ini di sini.

Jika anda peminat teh boba, Maybank akan memberikan minuman teh boba percuma apabila anda menunjukkan eWallet MAE di The Black Whale, SS15 pada 20 Oktober 2019, dari pukul 2 hingga 6 petang. Tetapi ia terhad untuk 500 yang terawal sahaja.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan diskaun sebanyak 31% apabila membayar menggunakan eWallet MAE di 200 lokasi restoren nasi kandar seluruh Malaysia. Antara yang terlibat ialah Nasi Kandar Pelita, Original Penang Kayu Nasi Kandar, Nasi Kandar Khulafa dan banyak lagi. Promosi ini berjalan dari 1 hingga 31 Oktober 2019. Semak lebih lanjut tentangnya di sini.

Sumber: Maybank

BACA  Realme Edar Telefon Empat Kali Lebih Banyak Berbanding Tahun Yang Sebelumnya