fbpx

GrabCar tidak akan terima bayaran tunai antara pukul 2 hingga 6 pagi

Demi menjaga kemaslahatan penumpang dan juga pemandu, Grab akan mematikan fungsi bayaran tunai di antara pukul 2 pagi hingga 6 pagi. Perkara ini akan dikuatkuasakan sekitar hujung bulan Oktober ini.

Menurut emel yang dihantar kepada pengguna, penumpang perlu menyediakan baki mencukupi di dalam eWallet GrabPay mereka. Jika tidak mahu menyimpan baki di dalamnya, pengguna juga boleh memautkan kad debit/kredit kepada eWallet GrabPay mereka.

Perkara ini dilaksanakan sebagai langkah untuk mengurangkan risiko keselamatan buat penumpang dan rakan pemandu. Tahun ini sahaja, sudah banyak laporan di mana rakan pemandu Grab sendiri, telah dirompak sekitar waktu begini. Pada bulan Mei, seorang rakan pemandu Grab telah dibunuh dalam kes rompakan.

Selain isu keselamatan, penggunaan GrabPay boleh menjimatkan masa kerana penumpang dan pemandu tidak perlu mencari wang untuk membayar serta memulangkan baki. Perjalanan akan menjadi lebih cepat dan lancar.

BACA  Apple akan adakan acara khas pada 2 Disember