• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Motorola akan kembali dengan ‘pisau cukur’ boleh lipat

  • OLEH Najib
  • 1:27 pm
  • 21/10/2019
  • Komen
Motorola akan kembali dengan ‘pisau cukur’ boleh lipat

Mandatory Credit: Photo by Steve Meddle/Lenscap Photograp/REX/Shutterstock (3884252a) Person using a Motorola Razr Mobile Phone Person using a Motorola Razr Mobile Phone - Jun 2014.

Share on FacebookShare on Twitter

Motorola dikhabarkan telah mula menghantar jemputan ke satu acara yang akan mereka adakan pada 13 November 2019. Bertempat di Los Angeles, Amerika Syarikat, jemputan ke acara tersebut menyatakan, “you’re going to flip” serta “an original unlike any other”.

Dari perkataan tersebut, ia seakan-akan memberi petunjuk, Motorola akan melancarkan sebuah telefon pintar serba baharu yang boleh dilipat. Skrinnya boleh dilipat.



Perkara ini bukanlah satu rahsia lagi kerana ura-ura tentang kelahiran semula telefon lipat Motorola RAZR telah lama diperkatakan. Menariknya, ia akan menampilkan skrin boleh lipat yang berbeza dari Galaxy Fold atau Mate X, yang berubah dari saiz telefon kepada tablet. Dengan RAZR, ia adalah dari telefon kepada telefon.

Khabar angin yang telah tersebar menyatakan, Motorla RAZR baru akan memiliki skrin panjang berukuran 6.2-inci dengan nisbah 22:9. Skrin telefon ini mempunyai takuk besar di dahi serta bingkai tebal di bawahnya, seperti RAZR yang sangat terkenal sebelum ini.



Perkakas di dalamnya akan menggunakan pemproses Snapdragon 710, RAM antara 4GB dan 6GB, storan 64GB atau 128GB serta bateri 2,730mAh yang menyokong pengecasan pantas Turbo Power 27W. Harganya dikatakan agak mahal, sekitar USD1,500 (~RM6,276) jika mahu dibandingkan dengan Galaxy Fold yang berharga RM8,388 tetapi dengan kuasa Snapdragon 855, RAM 12GB dan storan 512GB.

Adakah anda sangat berminat untuk memilikinya? Adakah kerana rekaan RAZR atau skrin boleh lipat?

Sumber: CNET

Tags: MotorolaMotorola Razr
Najib

Najib

POPULAR

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

5 Ogos 2022
Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

9 Ogos 2022
China akan dilarang jual telefon murah di India

China akan dilarang jual telefon murah di India

9 Ogos 2022
6 perkara yang anda patut tahu tentang siri Samsung Galaxy S22

Tidak mustahil lagi menangkap gambar malam di bandar dengan Samsung Galaxy S22 Nightography

29 Jun 2022
Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

5 Ogos 2022
Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER