• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PROMO: Honor 20 dan 20 Pro kini RM300 lebih murah dan dijamin 2 tahun

  • OLEH Najib
  • 12:16 pm
  • 21/10/2019
  • Komen
PROMO: Honor 20 dan 20 Pro kini RM300 lebih murah dan dijamin 2 tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar Honor 20 dan Honor 20 Pro ialah telefon pintar kelas falgship dengan harga yang lebih rendah dari kebiassaan. Ia dikuasakan pemproses berkuasa tinggi, Kirin 980 tetapi dijual dengan harga di bawah RM2,000.

Kini anda boleh mendapatkan Honor 20 dan Honor 20 lebih murah, bersama jaminan selama 2 tahun. Beberapa penjual dilihat telah menawarkan diskaun RM300 untuk kedua-dua model telefon ini. Salah satu darinya ialah Mobile 2 Go.



Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Honor 20 (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM1,699 RM1,399
  • Honor 20 Pro (RAM 8GB +Storan 2256GB) – RM2,299 RM1,999

Dengan harga tawaran ini, Honor 20 bersaing rapat dengan Mi 9T yang dikuasakan Snapdragon 730, RAM 6GB dan storan 128GB berharga RM1,399. Lebih menarik lagi, Mobile 2 Go turut menyediakan hadiah percuma untuk pembelian ini berupa botol air Honor, beg, powerbank 10,000mAh, serta gelang pintar Honor Band 4 Running Edition.



Pembeli Honor 20 dan Honor 20 Pro dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2019, boleh menikmati jaminan tahun kedua dengan mendaftar telefon mereka menerusi aplikasi HiCare dalam tempoh 7 hari selepas pembelian. Semak maklumat lanjut mengenainya di bawah ini.

Honor melanjutkan kempen jaminan tahun kedua Rileks, Beli je

Honor 20 dan Honor 20 Pro memiliki sedikit persamaan dan perbezaan. Kedua-duanya menggunakan skrin LCD HD Penuh berukuran 6.26-inci bersama pengimbas capjari fizikal di sisi yang bergabung dengan butang kuasa. Sementara bateri Honor 20 hanya 3,750mAh, bateri di Honor 20 Pro sebesar 4,000mAh dan kedua-duanya menyokong pengecasan pantas melalui USB-C.

Terdapat 4 kamera belakang di telefon ini dengan spesifikasi berbeza. Honor 20 Pro memiliki kamera utama 48MP F1.4, kamera ultra lebar 16MP, kamera telefoto 8MP dan kamera makro 2MP. Honor 20 pula menggunakan kamera utama 48MP F1.8, kamera ultra lebar 16MP, kamera pengesan kedalaman 2MP dan kamera makro 2MP.

Sumber: Mobile 2 Go

Tags: honorHonor 20Honor 20 Pro
Najib

Najib

POPULAR

PROMO: Honor 20 dan 20 Pro kini RM300 lebih murah dan dijamin 2 tahun

PROMO: Honor 20 dan 20 Pro kini RM300 lebih murah dan dijamin 2 tahun

21 October 2019
Xiaomi lancarkan tiga peranti boleh pakai baharu di Malaysia, harga dari RM199

Xiaomi lancarkan tiga peranti boleh pakai baharu di Malaysia, harga dari RM199

27 November 2026
MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

23 November 2026
Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

25 November 2026
CIMB Islamic perkenal Zakat365 Lite dan Faraid360 untuk urusan zakat dan harta pusaka

CIMB Islamic perkenal Zakat365 Lite dan Faraid360 untuk urusan zakat dan harta pusaka

25 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max rasmi di Malaysia dengan dwikamera ARRI 200MP, harga RM5,999

Honor Magic 9 Pro Max rasmi di Malaysia dengan dwikamera ARRI 200MP, harga RM5,999

24 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN