fbpx

Fujifilm X-Pro 3 Diumum Dengan 2 Skrin LCD

Peminat Fujifilm boleh bersorak sebab ada flagship baru yang dilancarkan pengeluar kesayangan mereka. X-Pro 3 dilancarkan selepas hampir 3 tahun X-Pro 2 diumumkan. Ada beberapa penambahbaikkan dibawakan mereka pada kali ini.

Paling ketara adalah di bahagian belakang kamera. Jika mengikut kebiasaan, paparan LCD akan menghadap pengguna bukan? Tapi kali ini ia berada di sebelah dalam panel plastik yang boleh kilas. Sebaliknya, anda hanya terima LCD sekunder kerdilyang memparkan tetapan kamera saja. LCD yang sebesar 3″ hanya boleh digunakan bila ia dikilas kebawah.

Fujifilm juga melakukan susunan semula pada butang belakang kamera. Tiada lagi butang navigasi empat arah sebaliknya kawalan dilakukan menerusi “puting” plastik. Tapi tiada masalah sebab ada banyak tombol hadir pada untuk mengubah tetapan kamera.

Disebalik rupa yang tak jauh beza dengan generasi sebelumnya, X-Pro 3 diperkasa dengan sensor dan pemproses imej yang baru. Padanya, anda terima sensor X-Trans 26MP dengan pemproses imej X-Processor 4.

Menariknya, pada iterasi kali ini, ia dilengkapi dua slot kad SD dengan sokongan UHS-II. Sekiranya anda perlu gunakan fungsi videografi pada kamera ini, ia boleh pergi sehingga [email protected] ataupun [email protected]

Untuk pasaran A.S, Fujifilm X-Pro 3 dijual pada harga bermula USD 1,800. Ia USD100 lebih mahal berbanding X-Pro 2 sewaktu dilancarkan.

Sumber: Fujifilm

BACA  Lazada beri pampasan jika tempahan lambat sampai dari tarikh yang ditetapkan