• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Rebat RM5 apabila membeli-belah di Lazada menggunakan Touch n Go eWallet

  • OLEH Najib
  • 6:02 pm
  • 29/10/2019
  • Komen
Rebat RM5 apabila membeli-belah di Lazada menggunakan Touch n Go eWallet
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda pengguna Touch n Go eWallet kerana banyak tawaran menarik padanya, anda pasti sukakan berita terbaru ini. Gedung beli-belah Lazada kini menerima pembayaran melalui Touch n Go eWallet, menjadikan pengalaman membeli-belah dalam talian yang lebih cepat, lancar dan bernilai.

Sebagai pengenalan, Touch n Go kini menawarkan diskaun RM5 dengan pembelian minimum RM50 di Lazada. Tawaran ini terbuka selama 3 hari, dari 29 hingga 31 Oktober 2019. Pengguna yang membuat bayaran di Lazada menggunakan Touch ‘n Go eWallet, boleh menebus Baucar Bayaran Koleksi RM5 melalui aplikasi Lazada dalam tempoh ini. Tetapi tawaran ini terhad kepada 3,000 transaksi terawal dan setiap pengguna hanya layak menerima satu diskaun RM5 sahaja.



Touch n Go eWallet merupakan salah satu penyedia perkhidmatan dompet digital yang popular di Malaysia. Selain menawarkan kemudahan pembayaran di tol dan lebuhraya, Touch n Go eWallet turut diterima di pelbagai kedai fizikal di seluruh negara.

Selain membeli-belah, pengguna Touch n Go eWallet boleh menikmati banyak tawaran hebat, seperti diskaun tiket filem dan penerbangan, tambah nilai telefon, hiburan dan tawaran makanan serta minuman.



Untuk maklumat lanjut mengenai promosi eksklusif Touch ‘n Go eWallet di Lazada, layari laman web www.tngdigital.com.my/lazada. Aplikasi Touch ‘n Go eWallet boleh dimuat turun di Apple App Store dan Google Play Store.

Tags: LazadaTouch n Go eWallet
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Rebat RM5 apabila membeli-belah di Lazada menggunakan Touch n Go eWallet

Rebat RM5 apabila membeli-belah di Lazada menggunakan Touch n Go eWallet

29 October 2019
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN