Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

iPhone 5 tidak boleh digunakan lagi jika tidak dikemaskini sebelum 3 November

Jika anda salah seorang pengguna yang masih menggunakan iPhone 5, pastikan anda telah mengemaskini iOS anda ke versi terbaru 10.3.4. Ini kerana jika tidak dikemaskini sebelum 3 November 2019, telefon anda tidak akan boleh digunakan sama sekali.

Perkara ini berlaku kerana masalah berkaitan GPS. Secara asas, GPS mengira tarikh dan masa berdasarkan kiraan minggu. Disebabkan ia sebuah teknologi yang dicipta pada tahun 1980-an, ia hanya boleh mengira maksima sehingga 1,024 minggu sahaja. Atau kira-kira 19.7 tahun. Selepas 1,024 minggu, ia akan kembali ke nombor 0.

Untuk telefon pintar keluaran Apple, kesan ini akan dirasai pada 3 November 2019, pukul 12am waktu GMT+0.

Di telefon pintar, GPS bukan sahaja digunakan untuk mengesan koordinat, tetapi berkait rapat dengan App Store, iCloud, email dan pelayar web. Untuk peranti baru, perkara ini boleh dibaiki kerana kemaskini dipasang secara automatik. Tetapi peranti lama iaitu iPhone 5 dan ke bawah, memerlukan pengguna mengemaskini secara manual.

Kemaskini ini boleh dibuat secara wayarles ataupun melalui komputer. Cara-cara untuk mengemaskininya boleh dirujuk di laman web Apple di sini.

Ingat, kemaskini segera iPhone 5 anda ke iOS 10.3.4 sekarang, atau sebelum pukul 12am pada 3 November, atau lebih tepat lagi pukul 8 pagi pada 3 November 2019, waktu Malaysia. Itupun jika anda masih mahu menggunakan iPhone 5 lama anda. Mungkin ini boleh menjadi alasan terbaik untuk anda bertukar ke iPhone yang lebih baru.

Sumber: The Verge

BACA  Video Shot on iPhone ini promosikan video menegak