• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung bersedia dengan teknologi baru skrin boleh lipat yang lebih baik

  • OLEH Najib
  • 12:26 pm
  • 31/10/2019
  • Komen
Samsung bersedia dengan teknologi baru skrin boleh lipat yang lebih baik
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung telah melancarkan dan menjual telefon pintar dengan skrin boleh lipat pertama mereka, Galaxy Fold di seluruh dunia. Ia juga telah dijual di Malaysia dan mendapat sambutan hangat kerana tempahan awal telah habis dijual.

Baru-baru ini, Samsung telah memuat naik video tentang konsep telefon boleh lipat yang baru. Dengan skrin boleh lipat. Konsep ini jauh berbeza dengan Galaxy Fold yang berubah dari telefon pintar kepada tablet.



https://youtu.be/AZDl_SP-w9E

Dalam video konsep baru ini, ia menunjukkan rekaan telefon lipat seperti Motorola Startac, di mana bahagian dalamnya adalah skrin sepenuhnya. Skrin ini boleh dilipat, menjadikannya sebagai sebuah telefon yang boleh dilipat, bukan lagi menjadi tablet.

Menurut Ketua R&D Samsung, Hyesoon Jeong, rekaan serba baru yang dikaji mereka ini bukan sahaja membuatkan ia senang disimpan di dalam poket, malah ia juga mengubah cara anda menggunakan telefon. Idea di sebalik konsep ini adalah menjadikan teknologi telefon boleh lipat Samsung lebih kompak dan diperluaskan ke rekaan baru.



Samsung tidak berkongsi lebih lanjut berkenaan peranti ini seperti bilakah ia akan dipasarkan ataupun apa perkakas yang digunakan di dalamnya. Tetapi Samsung menerangkan berkenaan kepentingan perisian One UI, di mana rekaan yang baru memerlukan pengalaman pengguna yang setara.

Galaxy Fold dilancarkan tanpa perisian yang serasi sepenuhnya. Ia berhadapan masalah paparan dengan pelbagai aplikasi seperti paparan tidak penuh atau tetapan tidak kena pada tempatnya. Perkara ini dilihat akan diserasikan lebih baik dengan antaramuka baru One UI 2.

Motorola juga dijangka akan memperkenalkan konsep yang hampir sama dengan Motorola Razr yang baru. Siapakah yang akan mula melancarkannya dahulu? Kita tunggu dan lihat. Adakah ini konsep yang lebih baik untuk anda?

Sumber: The Verge

Tags: samsungsamsung galaxy fold
Najib

Najib

POPULAR

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Samsung bersedia dengan teknologi baru skrin boleh lipat yang lebih baik

Samsung bersedia dengan teknologi baru skrin boleh lipat yang lebih baik

31 October 2019
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
240319 Cara Elak Telefon Pintar Panas

TIPS: 7 cara perlu buat elak telefon pintar cepat panas (2024)

3 April 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN